Pelancongan Bali Hadapi Tempoh Terburuk Dalam Sejarah, Hanya 45 Pelancong Antarabangsa Tiba Tahun Ini );

Type to search

Asean Backpackerz Insider

Pelancongan Bali Hadapi Tempoh Terburuk Dalam Sejarah, Hanya 45 Pelancong Antarabangsa Tiba Tahun Ini

Share
bali indonesia

Industri pelancongan Bali mengalami tempoh terburuknya dalam sejarah ketika musim COVID-19 selepas pegawai dari Agensi Pelancongan Bali mengakui hanya 45 pelancong antarabangsa melawat pulau itu pada tahun ini.

Memetik laporan Bali Sun, Ketua Pembangunan Pelancongan Agensi Pelancongan Bali, Gunandika, berkata: “Kami hanya menerima 45 pelancong antarabangsa yang tiba melalui Pelabuhan Benoa dengan kapal layar pada tahun ini. Dan ini adalah yang terburuk dalam sejarah kita.”


Baca Juga: [VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Cara Guna Tandas di Negara 4 Musim, Kalau Taknak Kena Maki


Menurut Gunandika, angka tersebut adalah berdasarakan kehadiran pelancong antarabangsa yang ‘tulen’ sahaja, tidak termasuk warga asing yang pulang, pelawat yang tinggal lama atau mereka yang tiba untuk bersatu semula dengan keluarga mereka di pulau itu.

Beliau menyatakan bahawa angka itu sangat berbeza jika dibandingkan dengan 1,050,504 pelawat antarabangsa yang tiba di pulau berkenaan pada 2020, terutamanya sebelum penutupannya pada Mac tahun lalu.

“Walaupun kami menerima lebih 1 juta pelawat antarabangsa pada 2020, ia masih tiada apa-apa berbanding situasi sebelum pandemik COVID-19, apabila kami mengalu-alukan seramai 6,275,210 pelawat pada 2019,” kata Gunandika.

Pulau itu sangat bergantung kepada kehadiran pelancong kerana pendapatan berkaitan pelancongan mewakili kira-kira 52% daripada pendapatan kasar Bali, yang kebanyakannya dijana daripada kehadiran pelancong antarabangsa.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa ekonomi pulau itu tidak boleh bertahan hanya dengan pelancongan domestik yang hanya menjana jumlah purata penginapan sebanyak 11% untuk hotel dan pusat peranginan, turun daripada kira-kira 80% ketika sempadan dibuka kepada pelancong antarabangsa.

Gabenor Bali I, Wayan Koster meminta penduduk pulau itu bersabar, kerana mereka akan menunggu keadaan menjadi lebih baik sebelum membuka semula sempadan dengan sekatan yang kurang untuk pelancong antarabangsa.

Tetapi, Bali Update melaporkan bahawa pemain industri pelancongan sudah tidak dapat bersabar dan mengancam untuk turun ke jalanan sebagai tindak balas kepada nasihatnya itu.

Susulan perkara itu, kerajaan cuba untuk meredakan ketegangan dengan melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara pada cuti Krismas dan Tahun Baru akan datang.

Industri pelancongan pulau itu tetap berharap pihak berkuasa akan membenarkan acara Krismas dan Tahun Baru diadakan di kawasan terbuka seperti pantai dengan langkah pencegahan COVID-19 yang ketat seperti mengehadkan kapasiti dan memerlukan semua tetamu menjalani ujian antigen pantas dan menunjukkan bukti vaksinasi.

Sumber: ttrweekly
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!