Rakyat Malaysia Ini Kongsi Pengalaman Berharga Terpilih Buat Umrah Norma Baharu );

Type to search

Backpackerz Insider

Rakyat Malaysia Ini Kongsi Pengalaman Berharga Terpilih Buat Umrah Norma Baharu

Share
umrah

Seorang rakyat kita yang menetap di Jeddah, Ahmad Najhan Hassim tidak menyangka permohonannya menunaikan umrah secara suka-suka melayakkannya menjadi antara individu terawal menunaikan ibadah umrah norma baharu yang bermula 4 Oktober lalu.

Najhan yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Jeddah berkata, dia amat teruja dengan rezeki yang diperolehnya itu dan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) umrah yang dibuat Arab Saudi teratur dan tidak mengganggu pelaksanaan ibadah.

BACA JUGA: Wanita Ini Berbasikal Sejauh 5,000 km ke Mekah Untuk Menunaikan Umrah

Foto Ahmad Najhan Hassim.
Foto Ahmad Najhan Hassim.

Menerusi laporan AlHijrah Online, Najhan memaklumkan, tempoh maksimum tiga jam yang ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah menyelesaikan ibadah tersebut menyebabkan tempoh masa di dalam Masjidil Haram singkat.

“Bila dah selesai semalam agak teruja apa yang dilakukan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Sangat teratur sangat mengikut SOP penjarakan sosial ketika kita melakukan tawaf dan alhamdulillah jemaah sangat mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Foto Ahmad Najhan Hassim.
Foto Ahmad Najhan Hassim.

Beliau yang hampir tiga tahun menetap di Jeddah memaklumkan sebelum pandemik COVID-19 hampir setiap bulan beliau berpeluang untuk menunaikannya.

Sekatan lebih enam bulan ke atas pelaksanaan ibadah tersebut menyebabkan dia amat merindui untuk melakukan ibadah berkenaan.

“Untuk norma baharu kita tidak berapa puas berada lama dalam Masjidil Haram.

“Setiap jemaah yang dipilih kita mempunyai tiga jam sahaja masa untuk sempurnakan ibadah umrah setelah habis tempoh semua jemaah dikehendaki keluar dari Masjidil Haram untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan untuk kumpulan lain selepas kita,” katanya.

Foto Ahmad Najhan Hassim.

Beliau juga turut memanjatkan doa agar semua umat Islam terutama di Malaysia akan turut berpeluang untuk kembali ke menunaikan ibadah umrah.

[Sumber: AlHijrah Online]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!