Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pentingnya Beli Insurans Perjalanan, Dilanggar Lori Ketika Melancong di Vietnam );

Type to search

Backpackerz Insider Isu

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pentingnya Beli Insurans Perjalanan, Dilanggar Lori Ketika Melancong di Vietnam

Share
insurans perjalanan

Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengambil insurans perjalanan kerana menganggap ia kurang penting dan merupakan satu pembaziran.

Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba rezeki kita untuk bercuti, pastinya rakyat Malaysia akan merancang untuk bawa anak-anak melancong.

Wanita ini dikenali sebagai Liyana Love, telah berkongsi di laman Facebook pada Januari 2020 lepas, menceritakan pengalaman yang dilaluinya ketika melancong di Vietnam.

Walaupun kisah ini berlaku pada tahun 2020, pengalaman beliau boleh dijadikan iktibar buat kita semua jika ingin melancong ketika norma baharu.

BACA JUGA: Boost Kenalkan Kaedah Pembelian Perlindungan Insurans Secara Digital

Menerusi perkongsian Liyana, beliau juga turut menasihati kepada semua supaya membeli insurans perjalanan sekiranya ingin melancong ke luar negara kerana sangat berguna. Lagi-lagi ketika pandemik masih lagi melanda kita, sangat berguna jika berlaku perkara diluar jangkaan kita.

Sediakan payung sebelum hujan

Foto: Liyana Love
Foto: Liyana Love

Sis cuma nak ingatkan jangan lupa beli insurans perjalanan walaupun travel untuk sehari dua. Sebab kita tak tahu apa nak jadi kan. Macam sis, hari kedua di Dalat dah kemalanagn langgar lori. Sis, husband dan baby 9 bulan tapi alhamdulillah baby selamat.

Syukur sangat sangat cuma sis lah patah kaki kanan dan husband patah rahang dan rusuk kiri. Masa naik motor tu, anak guna baby carrier jadi memang dia tak kena apa apa.

Tapi orang di sini (Vietnam) hampir 97% tak boleh cakap bahasa English, waktu nak minta tolong call kan ambulance bukan main azabnya! Sebab ambulance pun tak tahu.

Foto: Liyana Love

Dah lah dekat kawasan tu line internet slow. Macam sis nak menangis je masa tu tapi lepas je accident sis terus call insurans untuk inform diorang dan diorang sangat bagus sebab call setiap satu jam!

Cuma rezeki sis, owner lori yang kitaorang langgar tu baik sangat. Serius terlalu baik sebab dia bayarkan bil hospital sis dan suami. Dia memang ikhlas tolong kitaorang.

Untuk pengetahuan korang, serius orang Dalat sangat baik. Walaupun baru 9 hari pelbagai kenangan manis sis rasa.

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan

Foto: Liyana Love
Foto: Liyana Love

Makcik makcik Dalat yang jaga anak sis semasa sis tak mampu buat apa-apa. Mandikan tukarkan baju bagi makan dan susukan. Dan kalau sesiapa datang Dalat, boleh makan di Restaurant Hajah Hawa, Da Lat sebab owner nya terlalu baik.

Mereka yang hantar makanan setiap hari pada sis semasa kitaorang dekat sini sebab sis hampir termakan bubur daging babi tau. Sis promote restoran dia sebab tu je yang sis mampu buat untuk balas jasanya.

Sis kan balik Malaysia pada sabtu (18Januari 2020), baby sis dah balik dulu hari jumaat lepas sebab sis memang tak larat nak jaga dia dengan keadaan sis yang agak kekurangan ni.

Sis dah 9 hari dekat Lam Dong Hospital Dalat. Alhamdulillah pihak insurans sis dah uruskan penerbangan balik sampai lah ke hospital di Johor Bahru.

Sebelum ni macam berkira kira nak beli tiket business class, tak sangka bila sakit dapat juga merasa duduk di business class! Datanglah Dalat! Anda pasti teruja dengan kecantikkan bunga di setiap jalan di Dalat, yang dikenali sebagai taman bunga yang abadi!

Ohh yaa! Shopping pun best disini! Tak perlu tawar sebab barang memang dah murah sangat. Sis beli insurans Etiqa 360.

[Sumber: Liyana Love]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!