Unik! Perempuan Dilarang Masuk Ke 5 Tempat Ini );

Type to search

Backpackerz Insider Tips

Unik! Perempuan Dilarang Masuk Ke 5 Tempat Ini

Share
perempuan

Korang yang plan nak berjalan-jalan tu, pernah tak kaji dulu sebelum pergi ke satu destinasi? Atau korang lagi suka redah je?

Kalau dalam Malaysia, mungkin mudah sikit dan tak banyak pantang larangnya tapi kalau korang ke luar negara, korang wajib buat sedikit kajian mengenai tempat yang korang nak pergi tu.

BACA JUGA:Brunei Lanjutkan 15 Hari Lagi Tutup Sempadan Dengan Malaysia

Manalah tahu ada perkara yang tidak boleh dibuat, syarat pemakaian, percakapan dan macam-macam lagi. Sebagai pelancong kita perlu akur dan terima semua syarat yang ditetapkan sebab ini adalah adat resam dan kepercayaan mereka sejak turun-temurun.

Sebelum tu jom tengok beberapa tempat di dunia yang hanya lelaki sahaja boleh pergi, perempuan dilarang sama sekali!

Pulau Okinoshima, Jepun

Seronok dapat pergi pulau. Berehat dan menikmati alam semula jadi. Tapi Pulau Okinoshima telah melarang wanita masuk ke pulau ini. Kenapa ya?

Pulau Okinoshima adalah tempat suci oleh masyarakat Jepun dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO.

200 orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk ke pulau ini pada 27 Mei setiap tahun. Bukan hari-hari ya!

Pengunjung yang masuk ke pulau ini untuk menjalani upacara memperingati peperangan yang berlaku di kawasan tersebut.

Ketika upacara itu, pengunjung lelaki wajib berendam tanpa memakai tali. Upacara ini dilakukan untuk menyucikan pengunjung sebelum berjalan ke kawasan lain.

Gunung Omine, Jepun

Banyak juga tempat suci di Jepun yang melarang kehadiran wanita. Satu lagi di Gunung Omine.

Gunung Omine adalah tempat suci bagi penganut Shugendo iaitu agama purba yang diamalkan oleh puak minoriti di Jepun.

Kini kawasan tersebut mencecah 1,300 tahun dan hanya pendaki lelaki sahaja yang dibenarkan mendaki gunung tersebut. Namun, pada 1872, kerajaan Jepun telah melarang sebarang aktiviti pendakian di gunung itu.

Bagaimanapun, wanita Jepun masih lagi tidak ke kawasan gunung tersebut kerana menghormati kehendak dan tuntutan sami di sana.

Pergunungan Athos, Greece

Lebih 1,000 tahun Pergunungan Athos atau dikenali sebagai ‘Agion Oros’ wujud untuk para sami menjalani latihan mereka.

‘Agion Oros’ bermaksud gunung suci dan kawasan larangan untuk wanita. Bukan sahaja larangan untuk wanita menjejaki gunung tersebut malah wanita tidak boleh mendekati gunung itu sejauh 500 meter. Wow! Betul-betul kawasan larangan ni.

Apa yang lebih unik adalah haiwan betina juga tidak dibenarkan berada di kawasan Pergunungan Athos.

Adat ini masih lagi digunakan untuk memperingati kemunculan Perawan Maria yang menukarkan kawasan tersebut menjadi doktrin Ortodoks Kristian dan Mary hanya satu-satunya wanita yang pernah sampai di Pergunungan Athos ini.

[SUMBER: LOBAK MERAH]

Lorong Herbertstrasse, Jerman

Lorong ini mempunyai ceritanya tersendiri. Wanita tidak dibenarkan melalui lorong ini kerana di kawasan tersebut merupakan aktiviti pelacuran.

Selain itu, dahulunya Lorong Herbertstrasse adalah tempat persembunyian tentera Nazi.

Lorong tersebut juga didirikan pagar dan wujud hingga kini. Namun, beberapa kali aktivitis di Jerman cuba untuk meruntuhkan pagar tersebut kerana ingin menentang perdagangan wanita.

Larangan wanita ke lorong itu masih dikekalkan sampai sekarang.

Kuil Shabarimala, India

Kuil tempat bersembahyang para menganut Hindu dan biasanya kuil tidak menyekat sesiapa untuk datang.

Tetapi lain pula di Kuil Shabarimala ini. Kepada wanita, lebih-lebih lagi yang sedang mengandung memang dilarang jejak kaki di kuil ini.

Ketika 2018, sekatan kepada wanita untuk datang ke kuil ini berjaya dicabar oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia, Mahkamah India terpaksa bersetuju dengan hak ini dan mengisytiharkan semua penganut Hindu tidak kira lelaki atau perempuan dibenarkan untuk ke Kuil Shabarimala ini.

Bagaimanapun pada 2019, pihak Kerajaan Kerala telah mengumumkan larangan wanita ke Kuil Shabarimala kekal hingga sekarang.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *