7 Tip Persediaan Motosikal Bagi Perjalanan Jauh Untuk Lebih Selamat );

Type to search

Backpackerz Insider Tips

7 Tip Persediaan Motosikal Bagi Perjalanan Jauh Untuk Lebih Selamat

Share
motosikal

Menunggang motosikal sememangnya menyeronokkan dan cukup berbeza berbanding memandu kereta. Pengalaman membawa kenderaan dua roda lebih mencabar dan memberikan panorama pemandangan yang jauh lebih bersifat intimasi.

Deruan angin menyapa wajah ketika menunggang motosikal sudah cukup memberikan keterujaan tersendiri.

Namun anda harus sedar satu perkara iaitu risiko menunggang motosikal lebih tinggi memandu atau menggunakan berbanding kenderaan empat roda.

Apatah lagi jika anda ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal. Ia lebih mencabar.

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Maut & Cedera Akibat Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi di Thailand

Namun ia boleh dilakukan tapi haruslah disertakan dengan beberapa langkah keselamatan yang rapi.

Berikut merupakan beberapa tip dan persediaan untuk anda yang mungkin berkira-kira ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal.

1. Penglihatan harus jelas

Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai.

Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.

2. Waktu bertolak yang sesuai

Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa.

Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.

3. Keadaan kenderaan

Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik.

Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.

4. Henti dan rehat lebih kerap

Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi.

Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru.

Disebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara tiga hingga lima kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak rosak.

5. Kelengkapan dan peralatan tambahan

Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa perlatan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain.

Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan goggle.

Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.

6. Jagar jarak antara kenderaan

Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat.

Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.

7. Bawa duit tunai yang cukup

Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.

Semoga perkongsian ini memberikan anda pengalaman menunggang motosikal dengan lebih selamat dan tenang!

[Kredit: Maskulin]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!