[TONTON] Tular Aksi Berani Mati Pramugari Cantik Berdiri di Puncak Burj Khalifa Setinggi 2,722 Kaki );

Type to search

Airlines Backpackerz Insider

[TONTON] Tular Aksi Berani Mati Pramugari Cantik Berdiri di Puncak Burj Khalifa Setinggi 2,722 Kaki

Share
pramugari

Aksi berani mati pramugari dari syarikat penerbangan Emirates Airlines itu tular dan meraih perhatian dari warganet apabila video tersebut mula dipaparkan di laman media sosial mereka.

Ketika aksi itu ditayangkan, warganet meluahkan rasa ‘gayat’ apabila transisi kamera mula zoom out.

Video tersebut adalah sebahagian daripada promosi yang dilakukan oleh Emirates Airlines selepas UAE tersenarai dalam zon hijau United Kingdom (UK).

BACA: Cef TikTok Ini Cipta Menu Kuarantin Guna Perkakas Hotel Dapat ‘Teguran’ Gordon Ramsay

Menurut laporan Daily Mail, pramugari yang memakai uniform Emirates Airlines itu sempat memberikan senyuman sambil berdiri di atas puncak menara Burj Khalifa setinggi 2,722 kaki di Dubai.

Pramugari itu sebenarnya merupakan penerjun payung terjun (skydiver) dan personaliti media sosial, Nicole Smith-Ludvik memegang beberapa plakad tertera ‘UAE dimasukkan dalam senarai hijau UK membuatkan kami berasa seperti berada di puncak dunia.. Fly Emirates.. terbang lebih baik’.

emirates airlines

Ahad yang lalu, Pejabat Luar UK umum telah mengeluarkan UAE dari senarai zon Merah dan memasukkan ia ke dalam senarai zon Hijau menyebabkan kemasukan warga Britain dibuka kembali apabila telah tertangguh sejak awal tahun ini.

Pelancong yang sudah menerima sepenuhnya vaksinasi dapat kelonggaran untuk masuk ke UAE tanpa perlu dikuarantin.

Walau bagaimanapun, jika mereka ingin kembali ke UK, pelancong Britain harus mengambil dahulu ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas dari UAE.

Emirates Airlines berkongsi video promosi itu yang dirakam menggunakan dron dan memaklumkan perjalanan ke UK kini menjadi mudah selepas 8 Ogos.

Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu Gulf Today, penggambaran di atas puncak menara itu sudah mendapat kebenaran dan dijayakan oleh beberapa organisasi tempatan.

[Sumber: Daily Mail]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!