Baljenac, Pulau Cap Jari Gergasi di Croatia, Laut Adriatik );

Type to search

Adventure Backpackerz Feast Insider

Baljenac, Pulau Cap Jari Gergasi di Croatia

Share

Kalau tengok dari atas, pulau ini kelihatan seperti cap jari manusia yang terletak di luar pantai Croatia, Laut Adriatik.

Pulau kecil yang dikenali sebagai Baljenac berbentuk bujur seakan cap jari manusia tidak berpenghuni.

BACA JUGA: Ini 5 ‘Trusted Seller’ Skincare Di Shopee Yang Korang Boleh Beli

Di pulau ini terdapat dinding batu sepanjang 23 kilometer dengan ketinggin paras pinggang manusia yang direka untuk sistem pertanian dan proses agrikultur.

Dinding yang dibina menjadikan pulau ini seperti cap jari gergasi dibina oleh penduduk Pulau Kaprije bertujuan untuk memisahkan dan memberi perlindungan kepada tanaman mereka.

[SUMBER: ODDITYCENTRAL]

Teknik ini juga sudah digunakan dibeberapa bahagian Eropah lain seperti England dan Ireland.

Pulau tidak berpenghuni ini mempunyai keluasan 0.14 kilometer persegi tetapi dinding yang panjang dibina dengan longgokkan batu.

Batu yang dijadikan dinding itu dipercayai telah didirikan sejak abad ke-16 dan ke-17. Wow! Lamanya!

Nama Pulau Baljenac menjadi semakin popular dikalangan pelancong. Malah, penduduk setempat mengalu-alukan pelancong untuk melawat tetapi harus berjaga-jaga dengan susunan batu dinding yang telah lama dibina.

Kerajaan Croatia meminta UNESCO senaraikan pulau unik ini dalam tapak warisan dunia untuk mendapatkan perlindungan sekali gus untuk menjadikan pulau ini sebagai salah satu tarikan pelancong.

Jom tengok Pulau Baljenac di Youtube.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!