Pulau Tuba Mula Dikenali Pelancong Tempatan Untuk Bercuti );

Type to search

Backpackerz Feast Insider

Pulau Tuba Mula Dikenali Pelancong Tempatan

Share
tuba

Pergi melancong Pulau Langkawi, jangan lupa singgah di Pulau Tuba.

5 kilometer dari Pulau Langkawi, Jeti Pelancongan Pekan Rabu ke Pulau Tuba yang mempunyai potensi tinggi menjadi tempat destinasi pelancongan dan mempunyai keindahan alam semula jadi yang tidak mungkin dilepaskan oleh pengunjung.

Dengan keluasan 17 kilometer persegi, 5,000 orang penduduk tempatan di sebuah perkampungan nelayan akan menjadikan pulau ini lebih menarik.

BACA JUGA: PULAU TUBA ‘HIDDEN GEM’ DI LANGKAWI, INI 6 AKTIVITI & ITINERARI YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

Untuk sampai ke Pulau Tuba, pelancong perlu menaiki bot atau feri dengan harga RM10 seorang untuk perjalanan pergi dan balik.

Pengunjung boleh menaiki van atau sewa motosikal untuk melihat keindahan Pulau Tuba.

Menerusi laporan Astro Awani, walaupun Pulau Tuba kurang dikenali berbanding Pulau Langkawi, sebenarnya pulau ini menawarkan pakej menarik dan sesuai untuk percutian keluarga.

Penginapan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya dengan tawaran harga bermula serendah RM60 satu malam.

Selain itu, pakej yang lebih menarik adalah percutian bersama keluarga angkat nelayan di rumah inap desa di pulau ini.

Dengan percutian bersama keluarga angkat ini, pelancong diberi peluang untuk mempelajari cara menangkap hasil laut seperti bronok (hidupan laut seperti gamat), udang, ketam dan ikan.

Pelancong juga boleh melakukan aktiviti harian penduduk tempatan seperti menganyam tikar dan beg dengan harga pakej sekitar RM150 hingga RM300 sehari bergantung kepada jumlah pelancong.

Bukan itu sahaja, pelancong juga boleh melalukan aktiviti lain seperti mendaki Gua Wang Buloh dan Gua Kelawar yang lengkap dengan trek pendakian.

Ada satu lagi bukit yang boleh diterokai tetapi pelancong dinasihatkan untuk mendaki bersama jurupandu hutan berlesen kerana trek masih belum dibuat. Bukit ini dipanggil Bukit Batu Licin.

Setibanya di Pulau Tuba ini pelancong dapat melihat pulau ini dikelilingi dengan bukit-bukau jenis batu kapur yang terbentuk lebih dari 350 juta tahun dahulu.

Pelancong boleh ke Bukit Kecik untuk melihat sendiri keunikkan formasi batu kapur jenis batuan enapan yang terdiri daripada mineral kalsit dan arogenit yang masih lagi terpelihara.

Pulau ini juga mempunyai pantai peranginan yang popular antaranya Pantai Tanjung Pandan yang terkenal dengan air yang jernih dan terdapat kedai makan mi udang, Pantai Bagan Asam yang dikelilingi hutan paya bakau dan formasi batu kapur yang menarik.

Nama Pulau Tuba disebabkan Pokok Tuba yang tumbuh melata di kawasan tersebut dengan pelbagai tumbuhan jarang ditemui yang tidak mungkin terdapat di tempat lain.

Pokok seperti pokok Pandan Laut, Orkid Harimau dan pokok Bogok yang hanya tumbuh di batu kapur.

Pulau yang terletak bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting ini sebenarnya mempunyai banyak kemudahan seperti tempat lain.

Walaupun penduduk setempat menjalani kehidupan ala desa, mereka masih lagi mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, sekolah, klinik malah mempunyai jaringan Internet.

Pelancong juga tidak perlu risau kerana kebanyakkan penduduk di pulau ini adalah Muslim hingga dikenali sebagai Pulau Islam.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!