Pembinaan Taman Tema Di Cameron Highlands Mendapat Bantahan, Lebih 19 Ribu Sokong Petisyen Henti Projek );

Type to search

Backpackerz Insider Isu

Pembinaan Taman Tema Di Cameron Highlands Mendapat Bantahan, Lebih 19 Ribu Sokong Petisyen Henti Projek

Share
cameron

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai taman tema ‘ESCAPE’ yang akan dibina di Cameron Highlands menjelang tahun 2023 nanti.

Perkongsian itu mengejutkan ramai pihak kerana tiada siapa yang pernah menyangka bahawa kawasan tanah tinggi itu bakal mempunyai sebuah taman tema pula selepas ini!

Rata-rata peminat taman tema menyambut baik rancangan pembinaan itu namun ramai juga yang tidak bersetuju kerana berpendapat bahawa kewujudan ESCAPE Cameron Highlands bakal memusnahkan habitat semula jadi sedia ada.

cameron

Bantahan tersebut telah disuarakan lebih daripada 19,000 orang menerusi tandatangan petisyen dalam talian sebagai tanda protes terhadap rancangan pembangunan taman tema terbaharu itu.

Petisyen itu dimulakan oleh seorang wanita bernama Hana Azman, yang memohon kepada pemerintah negeri Pahang untuk menghentikan pembinaan di kawasan tanah tinggi yang berisiko tinggi. 

Taman tema tersebut dipercayai akan menggunakan sekurang-kurangnya 60 ekar tanah, sekaligus ia dianggap baka memusnahkan habitat di tanah rata Cameron Highlands.

cameron

Di halaman petisyen, orang ramai meminta agar kawasan tersebut dipelihara dan ekosistem sedia ada dipelihara demi generasi akan datang.

Suara bantahan itu nyata berjaya menarik perhatian warganet di Twitter apabila ramai yang turut berkongsi petisyen tersebut di ruangan peribadi masing-masing.

 

cameron

cameron

 

“KAMI TIDAK PERLU BENCANA ALAM LAIN. Kerajaan Negeri Pahang:

SILA HENTIKAN PROJEK TAMAN TEMA DI CAMERON HIGHLANDS!!”

 

 

cameron

Pendapat penulis, ada kebaikan jika pembinaan taman tema ESCAPE ini diteruskan kerana berpotensi melonjakkan industri pelancongan tempatan selepas dibadai pandemik COVID-19.

Namun, segalanya terpulanglah pada pihak bertanggungjawab untuk membuat keputusan sewajarnya.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya? Kongsikan pandangan di ruangan komen. 

 

Sumber: coconut

 

Baca: ESCAPE Theme Park – Traikan Pengunjung Terbaru Di Cameron Highlands Menjelang Tahun 2023
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!