Berikutan Kejayaan 'Virgin Galactic', Richard Branson Rancang Bina Hotel Pelancongan Di Bulan );

Type to search

Backpackerz Insider

Berikutan Kejayaan ‘Virgin Galactic’, Richard Branson Rancang Bina Hotel Pelancongan Di Bulan

Share

Ahad lepas merupakan detik bermakna buat Richard Branson apabila beliau menjadi bilionair pertama di dunia yang berjaya terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa buatan syarikatnya.

Beliau bersama lima kakitangannya yang lain telah menaiki kapal angkasa VSS Unity yang dibina oleh syarikat ‘Virgin Galactic’ dan berlepas dari pangkalan Spaceport di sebuah gurun di Mexico, Amerika Syarikat.

Berikutan kejayaan itu, Richard Branson menyatakan bahawa usahanya di ruang angkasa tidak akan terhenti di ‘Virgin Galactic’ sahaja.

richard

“Impian untuk membina sebuah hotel di bulan, merupakan sesuatu yang selalu saya impikan, dan berkemungkinan besar impian itu bakal diserahkan kepada anak-anak saya.

“Walaubagaimanapun, itu adalah harapan saya dan jika berkesempatan di dalam hidup, ianya akan menjadi satu perkara yang ingin saya lakukan pada suatu hari nanti,” katanya.

richard

Bercerita lanjut mengenai detik bersejarahnya pada minggu lalu, Richard berkata bahawa pengalaman itu telah melebihi daripada apa yang dibayangkan.

Beliau mengatakan bahawa pengalaman itu sebagai sesuatu yang sangat dramatik dan melebihi jangkaannya.

 

 

Jika apa yang dirancang oleh Richard benar-benar direalisasikan, ianya pasti sesuatu yang membanggakan bukan sahaja buat beliau, malah seluruh penduduk di muka bumi ini juga pasti berasa teruja.

Kalau melancong ke bulan, dapat la tengok pemandangan bulan dan bintang. Bosan la asyik layan sunset je kan?

 

Sumber: dailymail

 

Baca: Hotel Angkasa Lepas Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Pada Tahun 2027
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!