Sabah Tourism Board Tawar Geran RM5,000 Kepada Youtuber, Content Creator Tempatan );

Type to search

Backpackerz Insider

Sabah Tourism Board Tawar Geran RM5,000 Kepada Youtuber, Content Creator Tempatan

Share
Sabah

Pencipta kandungan (Content creator) dan Youtuber Sabah dipelawa untuk memohon geran bagi menghasilkan kandungan video mengenai pelancongan lestari.

Menurut laporan The Star, pihak Sabah Tourism Board (STB) menawarkan geran berjumlah RM5,000 bagi video berdurasi 3 minit.

“Terdapat banyak kisah mengenai Sabah untuk diceritakan, dan kami ingin memberi peluang kepada pencipta kandungan berbakat dan kreatif tempatan untuk menghasilkan kandungan seperti itu,” kata pengurus besar STB, Noredah Othman.

Mereka yang berminat harus mengemukakan kertas kerja selewat-lewatnya 11 Jun. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web tourism.sabah.gov.my.

“Kami sentiasa aktif dalam penceritaan destinasi umum, tetapi terdapat ruang untuk meneroka lebih banyak maklumat yang masih belum disentuh, terutamanya berkaitan dengan bagaimana industri pelancongan kita mengimbangi antara faktor ekonomi dan kelestarian.

“Ini menambah nilai pelancongan yang kami tawarkan kerana pelancong kini menjadi lebih peka terhadap pilihan pelancongan mereka.

“Walaupun menikmati destinasi, banyak pelancong mencari pilihan yang bertumpukan kepada masyarakat dan tempatan,” jelasnya.

Noredah menegaskan bahawa pelancongan lestari tidak hanya bergantung pada sumber semula jadi, tetapi juga menyentuh perkara seperti pemeliharaan budaya dan faktor sosio-ekonomi.

Beliau berkata bahawa amalan ini juga seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

“Penanaman pokok, misalnya, adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang biasa.

“Tujuan utamanya adalah menanam dan memperbanyakkan jumlah pokok, tetapi nilai tambah untuk aktiviti ini adalah pendidikan di sebalik jenis pokok yang harus ditanam di kawasan tertentu.

“Ada kisah yang harus diceritakan… Tempat tinggal di ladang dan kebun herba, idea-idea ini juga, kembali kepada intipati sumber semula jadi dan ada minat yang tinggi untuk memasukkan ini dalam pelancongan,” tambahnya lagi.

Sumber: The Star
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!