'Sleeping Bus Tour' Khas Untuk Yang Suka Tidur );

Type to search

Asia Backpackerz Insider

‘Sleeping Bus Tour’ Khas Untuk Mereka Yang Suka Tidur Dalam Perjalanan Jauh

Share
sleeping bus tour

Korang yang selalu naik bas balik kampung, balik ke kampus, pergi kerja atau suka travel menaiki bas mesti pernah ada moment yang korang tertidur sampai terlepas destinasi yang korang kena berhenti. Best juga jika Malaysia adakan perkhidmatan Sleeping Bus Tour. 

Kejadian tertidur dalam bas memang sering berlaku lagi-lagi kalau terlalu penat. Bersiap awal pagi, penat yang semalam pun tak habis lagi tapi kena juga naik bas untuk selesaikan segala urusan. Memang penatlah!

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Untuk Bantu Korang Lepas Imigresen Jika ‘Travel’ Luar Negara

Ramai yang tahu Hong Kong antara bandar yang sibuk dengan orang yang ingin menyelesaikan urusan masing-masing hingga ada yang tidak sempat untuk tidur.

Oleh itu, Hong Kong menyediakan bas khas kepada mereka yang susah nak tidur di rumah dan memerlukan waktu tidur singkat atau nap.

Menurut laporan Huffpost, Sleeping Bus Tour tersebut akan bergerak sejauh 76 kilometer (47 batu) yang mengambil masa lima jam untuk mengelilingi wilayah itu dengan tujuan menarik minat orang ramai yang mudah terlena dengan perjalanan jauh.

Pengurus Pemasaran dan Pembangunan perniagaan Travel, Kenneth Kong berkata bas khas untuk tidur ini diadakan kerana ramai yang mengalami masalah tidur pada waktu malam kerana tekanan dan masalah kerja.

‘Individu yang susah untuk tidur malam, jika menaiki bas dengan perjalanan yang jauh akan mudah terlena’, katanya.

Tiket bas tidur ini berharga antara $13 hingga $51 setiap orang bergantung pemilihan tempat duduk.

Selain itu, bas ini menyediakan beg yang selamat untuk penumpang, penutup mata dan juga penyumbat telinga (ear plug) untuk memudahkan penumpang tidur dengan lebih lena.

Sleeping bus tour yang pertama mendapat sambutan yang sangat baik. Ada juga penumpang yang membawa selimut, selipar dan bantal sendiri untuk lebih selesa.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!