[VIDEO] ‘Summit One Vanderbilt’ – Tarikan Bangunan Kaca Lutsinar Yang ‘Mengerikan’ Buat Pelancong );

Type to search

Backpackerz Insider

[VIDEO] ‘Summit One Vanderbilt’ – Tarikan Bangunan Kaca Lutsinar Yang ‘Mengerikan’ Buat Pelancong

Share
kaca

Bangunan pencakar langit sememangnya menjadi satu tarikan istimewa buat pelancong bagi merasai pengalaman berada di puncak tertinggi dunia.

Namun pernahkah anda terfikir bagaimanakah perasaannya jika bangunan yang tinggi seperti ini, diperbuat daripada bahan kaca yang lutsinar?

Bagi merasai pengalaman yang lebih mengujakan dan luar biasa, orang ramai bolehlah berkunjung ke ‘Summit One Vanderbilt’ di Manhatten, New York kerana bangunan seperti ini sememangnya wujud!

kaca

kaca

Berketinggian 1.401 kaki di atas tanah, bangunan ini adalah keempat tertinggi di New York City yang membolehkan pengunjung berjalan di atas kaca lutsinar tanpa sebarang halangan yang menutupi ruang penglihatan anda.

Sebaik sahaja turun dari lif, anda boleh menikmati makanan mewah koktel di lounge Aprés dan Summit Terrace yang menawarkan pemandangan kota yang cukup menakjubkan di tengah bandar New York City.

Pengunjung juga boleh menaiki lif kaca di Ascent, yang seakan tergantung di luar bangunan dan menawarkan pemandangan yang mendebarkan buat pengguna yang berada pada sejauh 1.063 kaki di ruang udara.

Anda gayat? Mungkin ini peluang terbaik untuk anda mencabar diri sendiri bagi mengatasi masalah ketakutan yang dihadapi.

Namun sejujurnya, penulis sendiri pun kurang yakin dengan kemampuan sendiri untuk berada di dalam bangunan tersebut.

Untuk lebih maklumat berkaitan fasiliti dan cas kemasukan yang dikenakan di ‘Summit One Vanderbilt’ anda boleh lihat di sini.

 

[Sumber]: cnntravel

 

Baca: [VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Cara Tempah Tiket Murah Dengan ‘Google Flights’ 

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!