D’ Mesilau Rabbit Garden – Taman Arnab Tertinggi Di Malaysia );

Type to search

Backpackerz Insider

D’ Mesilau Rabbit Garden – Taman Arnab Tertinggi Di Malaysia

Share

Jika sebelum ini kafe kucing sering menjadi tumpuan pengunjung meluangkan masa, kali ini apa kata kita beralih angin pula pada seekor lagi haiwan yang sama comel iaitu arnab.

Arnab boleh dikatakan mempunyai perilaku dan perwatakan yang hampir serupa dengan kucing dan orang ramai juga gemar menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Tahukah anda bahawa terdapat sebuah taman yang menempatkan puluhan ekor arnab yang comel untuk dikunjungi?

 

D’ Mesilau Rabbit Garden, Kundasang Sabah

taman

D’ Mesilau Rabbit Garden merupakan taman arnah yang boleh anda kunjungi jika berkunjung ke Kundasang Sabah.

Terletak di aras ketinggian 1,538 meter menjadikan Mesilau Rabbit Garden sebagai taman arnab yang tertinggi di Malaysia.

Ia merupakan destinasi yang sesuai untuk semua peringkat umur dan penulis sangat galakkan anda untuk datang bersama seisi keluarga.

Berikut antara maklumat penting yang berkaitan dengan destinasi ini:

Tempat ini sangat sesuai untuk dibawa bersama seisi keluarga terutama sekali golongan kanak-kanak yang gemarkan arnab.

Selain daripada tarikan arnab, lokasi yang nyaman dan bersih di sini juga sangat menarik untuk dinikmati.

Kombinasi landskap dan persekitaran hijau yang menarik pastinya menjanjikan suasana dan pengalaman yang mengujakan buat anda seisi keluarga.

taman

taman

taman

Hah… kalau berkunjung ke sini jangan lupa patuh pada peraturan di sini ye!

taman

Anda juga dibenarkan untuk memberi makanan pada arnab untuk menarik perhatian mereka.

taman

Namun hanya makanan yang dijual di kaunter tiket sahaja yang dibenarkan dan sebarang makanan daripada luar adalah dilarang sama sekali.

Anda perlu menaiki bukit sebelum tiba ke taman arnab namun jangan risau, laluan jalan yang disediakan sudah ber tar dan selamat digunakan pengunjung.

taman

Rasa macam tak sabar untuk berkunjung ke sini kan?

Buat masa sekarang anda bolehlah simpan dulu lokasi ini dalam senarai vacation anda. Sebaik sahaja tamat tempoh PKP, jom ramai-ramai bawa seisi keluarga ke sini nanti!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!