Taman Eko Burung Merak Perai Di Buka Mulai 1 Januari );

Type to search

Backpackerz Feast Insider Travel Fest

Taman Eko Burung Merak Perai, Butterworth Di Buka Mulai 1 Januari

Share

Taman Eko Burung Merak Perai, Taman Kimsar, Butterworth telah dibuka untuk pengunjung bermula 1 Jan lalu.

Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eko Perai Pulau Pinang, D. Paranthaman berkata pembukaan taman ini bertujuan untuk mewujudkan lokasi rekreasi percuma untuk pengunjung dan keutamaan taman ini adalah untuk mendedahkan pelbagai spesies burung merak.

BACA JUGA: China Guna Teknologi Kamera Canon AI Dengan FUngsi ‘Pengecaman Senyuman’ Di Pejabat Untuk Kehadiran Pekerja

Keluasan Taman Eko Burung Merak sekitar 0.3 hektar dan spesies yang ada di taman ini seperti burung merak albino, burung merak India, burung merak campuran Jawa dan Belgium, burung merak Pied dan Black Shoulder dari Sepanyol.

Selain daripada melihat pelbagai spesies burung merak, Paranthaman juga berkata pengunjung boleh beriadah di tepi sungai dan kolam bunga teratai.

‘Semua percuma, taman ini tidak dikenakan apa-apa bayaran supaya semua golongan masyarakat boleh berehat sambil beriadah di sini dan juga boleh menambah pengetahuan,’ katanya.

[SUMBER: AWANI]

Pembinaan Taman burung merak ini dibina atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan menerima bantuan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang menelan perbelanjaan sebanyak RM350,000.

Pada tahun 2011, Paranthaman menerima 10 ekor burung merak daripada bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan dan pertolongan dalam menguruskan bencana tsunami di Aceh.

Bagaimanapun, Paranthaman mengimpikan untuk membuka taman merak, malah beliau memilik sebanyak 200 ekor burung merak miliknya sendiri yang dirawat di makmal di kediamannya bagi menjamin kesihatan burung tersebut.

Beliau juga berharap dengan usaha ini, generasi sekarang dan akan datang dapat melihat sendiri pelbagai spesies burung merak yang wujud dari seluruh dunia.

 

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!