Taman Tema Air Fantasia AquaPark Dibuka Semula );

Type to search

Backpackerz Insider Taman Tema

Taman Tema Air Fantasia AquaPark Dibuka Semula Pada 2 Disember

Share

Wah, orang Jitra boleh bergembira di Taman Tema Air Fantasia AquaPark bermula 2 Disember akan datang.

Taman tema tersebut ditutup beberapa bulan disebabkan pandemik virus COVID-19 dan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA JUGA: 5 Rainforest & Resort Menarik Untuk Rehatkan Minda Di Malaysia

Pembukaan taman tema air tersebut dilaksanakan oleh pengurus baharu SAB Global (M) Sdn Bhd dari Butterworth, Pulau Pinang. Syarikat ini telah melabur sebanyak RM1.3 juta untuk membuat penambahbaikan dan kemudahan untuk pengunjung yang akan datang tidak lama lagi.

Pengarah Urusan SAB Global, Nar Azaman Ibrahim berkata, pembaikpulihan taman tema ini tetap mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah diarahkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencegah menyebaran virus COVID-19.

[SUMBER: ASTRO AWANI]

Pengunjung akan diperiksa suhu dan diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan taman tema kecuali melakukan aktiviti air.

‘Kapasiti kawasan taman tema ini mampu menampung seramai 500 pengunjung dalam satu masa, tetapi kita hanya hadkan kepada 50 peratus pengunjung sahaja untuk memastikan keselamatan, SOP, jarak dan kebersihan yang terkawal,’ kata Nar Azaman.

Taman Tema Air Fantasia AquaPark mempunyai keluasan 4.5 ekar (1.82 hektar) itu mempunyai lima aktiviti yang menarik pengunjung antaranya adalah ‘Children Splash Pad’, ‘Twin Water Slide’, ‘Lazy River’, ‘Water Cave’ dan kolam utama.

Tarikan terbaru istimewa buat pengunjung adalah Rumah Gergasi Musang King dan pusat refleksologi yang dikendalikan OKU.

Setiap pekerja taman tema itu sudah lengkap divaksin COVID-19 dan menyertai kursus pertolongan cemas jika berlaku sebarang kemungkinan kepada pengunjung.

Sempena pembukaan semula Taman Tema Air Fantasia AquaPark ini, harga promosi ditawarkan. Harga tiket RM18 bagi semua kategori, RM12 untuk warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) dan percuma untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.

Anda boleh layari website rasmi Taman Tema Air Fantasia AquaPark yang akan dibuka tidak lama lagi.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!