4 Taman Tema Air Popular Di Selangor yang Korang Wajib Visit Balik );

Type to search

Backpackerz Insider Taman Tema

4 Taman Tema Air Popular Di Selangor yang Korang Wajib Visit Balik

Share
taman tema

Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Get ready untuk membawa anak-anak anda bermandi-manda pada hujung minggu, atau nikmati keseronokan ini bersama rakan taulan anda.

Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia.

Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air. Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan yang tersendiri.

BACA JUGA: Menawarkan 12 Permainan Air Mengujakan, “Splash Out” Taman Tema Air Pertama di Langkawi

Hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor.

Jom isi masa terluang korang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini dengan mengunjungi taman tema air yang disenaraikan di bawah.

1. Sunway Lagoon

Foto: Tourism Selangor

Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya?

Sama seperti taman tema air yang lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan.

Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi!

Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober lepas, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”.

Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini!

2. Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Foto: Tourism Selangor

Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar.

Lokasinya yang terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota.

Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!

3. Waterworld @ I-City

Foto: Tourism Selangor

Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana waterpark ini menawarkan aktiviti yang amat menarik dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung!

Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!

4. Wet World Water Parks Shah Alam

Foto: Tourism Selangor

Wet World Water Parks Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi. Ia menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil.

Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.

Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek.

Jadi, korang boleh bawa anak anda ke Wet World Water Parks Shah Alam pada masa cuti nanti!

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!