Tempat Ini Bakal Terjejas Akibat Peningkatan Kes Covid-19 Di Ipoh,Perak Verst Backpackerz );

Type to search

Tempat Ini Bakal Terjejas Akibat Peningkatan Kes Covid-19 Di Ipoh,Perak

Backpackerz Insider Isu

Tempat Ini Bakal Terjejas Akibat Peningkatan Kes Covid-19 Di Ipoh,Perak

Share

Baru-baru ini semakin banyak sekolah di Ipoh, Perak terpaksa ditutup akibat ada pelajar ataupun staf yang positif Covid-19. Paling perit apabila kawasan sekolah tersebut berdekatan dengan beberapa tempat tarikan orang ramai.

Kawasan tersebut juga amat terkenal bagi para pelancong untuk datang dan menikmati keunikan yang ada di Ipoh tetapi bakal mengalami masalah dan akan sektor pelancongan dan ekonomi mereka akan terjejas.

Antara tempat-tempat tersebut ialah:

1. Tasik Cermin

Tasik Cermin amat terkenal bagi pengunjung tidak kira dari dalam Perak ataupun di luar Perak. Hal ini kerana, keindahan tasik tersebut memang dikagumi pelancong luar. Apa yang menarik lagi ialah perjalan menuju ke Tasik Cermin amat unik kerana anda melalui sebuah gua buatan dan ia amat cantik dan sesuai bagi mereka yang suka berfotografi.

Alasan kenapa ia digelar Tasik Cermin adalah ketenangan airnya yang dapat memantul bayangan-bayangan yang ada disekelilingnya seakan cermin. Ia juga mempunyai bukit batu kapur yang agak tinggi menggunung. Suasananya sangat nyaman dan damai kerana dikelilingi tumbuhan hijau dan batu-batu sehingga udaranya pun sungguh sejuk. Pada waktu cuti panjang, Tasik cermin amat penuh dengan para pengunjung jadi jikalau anda ingin datang ke sini, datanglah dengan lebih awal supaya tidak berebut.

https://twitter.com/lokalocal/status/1211610132674596866

2. Concubine Lane

Jangan terkejut dengar nama tempat ini kerana ianya memang wujud dan hanya ada di Ipoh, Perak. Tempat ini terkenal dengan nama tersebut kerana pada zaman sekitar 1980an orang kaya Cina menyimpan gundik-gundik mereka di sini. Kawasan pekan Ipoh memang terkenal dengan kawasan orang cina lama dan mereka juga menjalankan perniagaan di situ.

Warna, Warna Warni, Musim Semi, Payung

Di situ juga terdapat tiga jenis lorong iaitu Lorong Hale, Lorong Panglima dan Market Lane. Terjadinya tiga pecahan lorong tersebut adalah kerana sejarah usahawan bijih timah pada ketika itu iaitu Yai Tet Shin yang memiliki seorang isteri dan dua orang gundik.

Concubine Lane menyajikan pelbagai mural yang menarik dan perhiasan yang cantik. Walau bagaimanapun orang islam tidak digalakkan untuk makan di sana walaupun ia menyediakan kafe kerana hampir kesemua makanan di sana tidak halal. Anda boleh menangkap gambar dan berjalan-jalan sambil membeli perhiasan di sana.

3. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Selain Tasik Cermin, di Ipoh juga terdapat taman yang menarik iaitu Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village. Menurut terjemahan bahasa mandarin, taman ini membawa maksud “bukit tenang” dan ia diberi nama tersebut kerana ia tersembunyi di balik batu-batu kapur yang mengelilingi Ipoh.

https://twitter.com/pxmpkin/status/1314539806643216385

Tempat ini memang terkenal bagi masyarakat cina kerana budaya yang tersedia memang selari dengan masyarakat cina. Mereka juga percaya bahawa tasik ini mempunyai zen yang baik untuk mereka sekeluarga.

Pelbagai aktiviti menarik dapat dilaksanakan seperti mengamati budaya cina tradisional, menunggang basikal mengelilingi Qing Xin Ling dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan tiket masuk di Syarikat Perabot Kota berdekatan Taman Sri Rokam.

4. Padang Polo

Siapa yang tidak kenal dengan padang polo, iaitu tempat orang ramai berkumpul menjamah pelbagai makanan seperti laksa dan keropok lekor. Padang Polo juga menyediakan tempat untuk mereka bersenam, beriadah dan ia sesuai ahli keluarga berkumpul. Tempatnya sangat selesa dan selamat untuk orang ramai datang.

Empat tempat ini antara lokasi yang berdekatan dengan kawasan persekolah yang positif Covid-19. Akan tetapi apabila sudah redanya masalah tersebut, orang ramai dinasihati datanglah dan melawat kawasan tersebut dan menyokong industri pelancongan negeri Perak kerana ia dapat membangunkan kembali imej dan ekonomi Perak.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!