Top 9 Tempat Makan 'Wajib Cuba' Jika Singgah ke Muar );

Type to search

Backpackerz Insider Makan-Makan Pilihan Backpackerz

Top 9 Tempat Makan ‘Wajib Cuba’ Jika Singgah ke Muar

Share
muar

Muar amat sinonim menjadi lubuk makanan di kalangan orang Johor dan Singapura. Kiranya, tak lengkap singgah ke sini tanpa mencari port makan yang best.

Daerah kedua terbesar di Johor ini diberi gelaran sebagai Bandar Maharani ini, memang sudah cukup untuk buktikan dekat korang yang Muar adalah salah satu tempat wajib dikunjungi jika datang ke sini.

BACA JUGA: Penginapan Hotel di Johor & Muar Meningkat Selepas Kebenaran Rentas Negeri Diumumkan

Bagi korang yang sememangnya food hunter, Muar memang tempat sesuai untuk korang terokai. Buka itu sahaja, Backpackerz sendiri dah merasa kesemua tempat yang telah disenaraikan ini.

Bagi korang yang bercadang untuk bercuti ke sini, sebut saja makanan apa yang teringin hendak makan, boleh nikmati sampai korang puas.

Jom kita tengok senarai tempat makan best yang boleh bikin korang terliur nak mencuba.

1. Pengkalan Tiram, Kampung Tiram

Jika ke Muar, tak sah jika tidak singgah ke sini. Fun fact buat korang, tiram di Muar ini ditangkap sendiri oleh nelayan tempatan tau. Sememangnya fresh!

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati juadah berasaskan tiram sama ada dimasak atau dimakan secara mentah.

Tiram antara keistimewaan di Muar ini kerana mempunyai tiga spesies tiram yang dipercayai antara 10 jenis hidupan akuatik berkenaan terbaik di dunia.

2. Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Bagi penggemar makanan laut, tak sah rasanya jika tidak datang ke restoran ini. Lokasinya juga berdekatan dengan menara peninjau.

Jadi, korang boleh ambil angin di sini sementara menunggu makanan.

3. Muar Soup House

Restoran ini merupakan antara yang terkenal di sekitar Muar. Ramai pengunjung akan singgah ke mari untuk menikmati sup mereka yang dikatakan special.

Antara menu paling laris dipesan adalah sup kambing dan sup gearbox kambing. Kebiasaanya, ia dihidangkan bersama roti. Lagi sedap kalau korang cecah dengan roti daripada hirup sup sahaja.

4. R&H Cafe

Ingin menikmati sarapan berkonsepkan selera Muar? Korang wajib singgah di restoran R&H Cafe Satay Maharani yang terletak di Taman Sri Temenggong ini.

Restoran ini menyajikan hidangan beronsepkan masakan Muar yang enak dan asli. Antara yang boleh dicuba ialah sate, mi rebus, lontong, tauhu goyang, roti bakar dan banyak lagi menu sarapan tempatan yang enak-enak.

5. Muar Art Cafe

Sekiranya korang peminat artistik seperti sebuah galeri seni, jom ke Muar Art Cafe yang terletak dalam Muar Art Gallery.

Kafe ini menyajikan aneka hidangan tempatan dan barat seperti mee bandung, sate vegetarian, dim sum, chicken chop dan macam-macam lagi.

Selain itu, korang bukan sahaja boleh menikmati karya seni di art gallery ini, tapi berpeluang juga untuk mempelajari cara membuat kraf seni yang comel-comel!

6. Restoran Rabbit Home Muar Historia

Sekali pandang, penulis ingatkan muzium, rupanya sebuah restoran.

Konsep unik ini diketengahkan sendiri oleh pemilik restoran adalah untuk menarik pelancong luar negara datang makan sambil mengenali sejarah di Malaysia.

Dapat juga menambah pengetahuan am sambil menikmati menu di sini.

Menu popular di sini yang korang wajib cuba adalah Nasi Goreng Kampung Diraja, Karipap Maharani, dan Bihun Goreng Permaisuri (Bihun Singapura Lada Hitam).

7. Cafe Kopi 434

Kalau korang jejak kaki ke sini, korang akan disambut oleh aroma kopi yang mengasyikkan.

Cukup dengan aroma dan bau kopi yang memenuhi segenap ruang membuatkan mood korang kembali bertenaga.

Tambahan pula kopi ini disediakan dengan menggunakan resepi turun temurun. Jadi tak hairanlah kedai ini mampu bertahan lebih dari 60 tahun lamanya.

Elephant Coffee antara kopi yang terlaris di sini. Kopi yang pekat dengan rasa pahit yang nipis membuat ia terus digilai ramai.

8. Kambing Gunting Muar

Bagi peminat daging kambing, wajib cuba untuk singgah ke sini dan nikmati menu popular mereka iaitu Kambing Gunting.

Antara keistimewaan lain yang terdapat di sini adalah Stew Gearbox & Roti, Kambing & Meatball, Madu Bee, Nasi + Ayam Butter dan banyak lagi!

9. Mee Bandung Muar Abu Bakar

Tak sah kalau tak pekena Mee Bandung kalau berkunjung ke Muar. Tak lengkap rasanya. Bagi pencinta mee bandung, Mee Bandung Abu Bakar Hanipah adalah sebuah restoran tak lagi asing di halwa telinga mereka.

Kesedapan mee bandung di sini yang tak mungkin korang dapat di luar sana adalah terletak pada kuahnya yang lazat.

Kepekatan dan rasa yang seimbang membuatkan ianya enak tak terperi. Satu mangkuk belum tentu cukup untuk dinikmati.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!