Top 7 Tempat Pelancongan Popular yang Tak Lagi Wujud );

Type to search

Backpackerz Insider Isu

Top 7 Tempat Pelancongan Popular yang Tak Lagi Wujud

Share
popular

Sesuatu tempat atau lokasi popular itu boleh menjadi tumpuan pelancong sekiranya terdapat faktor tarikan menarik padanya seperti cuaca, pemandangan, faktor sejarah, dan pelbagai lagi.

Namun, tak semua tempat pelancongan yang popular akan kekal selamanya.

Ada yang terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu seperti kemusnahan alam sekitar, perubahan iklim, pemcemaran, persaingan daripada pesaing dan sebagainya.

BACA JUGA: 6 Destinasi Pelancongan Popular Ditutup Gara-gara Kebanjiran Pelancongan

Mari kita lihat top 7 tempat pelancongan yang suatu ketika dahulu popular tetapi kini, tidak lagi boleh dilawati.

1. River Country, Florida

Taman air River Country dimulakan sebagai salah satu tarikan utama pertama yang dibina di Walt Diseny World di Florida pada tahun 1976.

Taman ini juga merupakan salah satu taman tema air paling best pernah wujud, menjadikan ia tarikan bagi peminat taman air di seluruh dunia.

Namun, River Country menhghadapi persaingan sengit dari taman air yang baru, termasuk taman tema Disney lain seperti Typhoon Lagoon. Disney akhirnya umumkan penutupan River Country pada tahun 2005.

2. Darwin's Arch, Pulau Galapagos

Kepulauan Galapagos di Ecuador diklasifikasikan sebagai tapak warisan UNESCO kerana kekayaan semula jadinya. Lokasi ini menjadi rumah bagi banyak spesies yang tidak terdapat di tempat seperti iguana laut dan pulau-pulau yang menarik pelancong dari seluruh dunia.

Tarikan semula jadi yang paling terkenal di pulau-pulau itu sudah tiada lagi. Menurut gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar Ecuador, bahagian atas lengkungan tersebut telah runtuh pada bulan Mei 2017, mungkin disebabkan oleh hakisan semula jadi.

3. Maya Bay, Thailand

Maya Bay terletak di Ko Phi Phi Le dan merupakan yang kedua terbesar dari semua pualu di kepulauan Phi Phi yang indah di Thailand.

Pulau ini pernah ditayangkan dalam filem tahun 2000 yang dibintangi Leonardo di Caprio, The Beach – dan masih merupakan salah satu pantai tropika paling indah yang dapat korang kunjungi.

Malangnya pada tahun 2018, kerajaan Thailand telah melarang semua pelancong ke sini kerana popularitinya yang semakin meningkat telah mempengaruhi ekologi tempatan, termasuklah batu karang.

Pada puncaknya, kawasan ini menerima kedatangan jumlah pelancong lebih dari 5,000 orang, mendorong kerajaan Thailand untuk tutup pada tahun 2018 hingga kini.

4. Chacaltaya Glasier Ski Resort, Bolivia

Glacier Chacaltya di Bolivia dahulu adalah salah satu glasier terbesar di rantau ini. Para saintis Bolivia mula mengkajinya pada tahun 90-an, anggarkan yang ia bakal bertahan sekurang-kurangnya tahun 2015.

Tapi, ia mencair lebih cepat daripada yang diharapkan, mempengarugi banyak orang bergantung kepadanya untuk bekalan air tawar mereka di dataran La Paz yang gersang.

Ia juga merupakan lokasi peranginan ski tertinggi di dunia pada zaman kegemilangannya.

Tahun 2009, glasier Chacaltya telah mencair sepenuhnya dan seterusnya menjadi kawasan terbiar sehinga kini.

5. Menara Porselin, Nanjing

Menara Porselin di Nanjing ini bukan hanya monumen terkenal di China, tetapi juga dianggap sebagai keajaiban dunia abad pertengahan yang diketahui oleh banyak pelancong pada masa itu.

Dibina oleh Maharaja Yongle dari Dinasti Ming, menara ini atau lebih tepattnya pagoda – siap dibina pada awal abad ke-15.

Seribu kali sayang, menara ini hancur pada abad ke-19 semasa peristiwa Pemberontakan Taiping – salah satu perang saudara terbesar dalam sejarah.

Tapak asal itu kini dibina versi moden dari Menara Porselin yang aslinya yang disponsor sendiri dari seorang jutawan China.

6. Air Terjun Guaira, Paraguay dan Brazil

Air Terjun Guaira adalah sekumpulan air terjun semula jadi yang terbentuk di Sungai Panama yang terletak di sepanjang sempadan Paraguay dan Brazil.

Walaupun ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular, kini tempat tersebut hanyalah menjadi sejarah masa lalu. Ia telah tenggelam dan diganti oleh Dam Itaipu pada tahun 1982 sebagai salah satu perjanjian antara Paraguay dan Brazil.

7. Mimaland, Malaysia

popular

Mimaland atau nama panjangnya ‘Malaysia In Miniature Land’ terkenal dengan replika dinosaur berskala besar yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika.

Beberapa tarikan seperti kolam yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara dan gelongsor gergasi membuat pengunjung tidak henti-henti datang sejurus pembukaannya pada tahun 1971.

Pada tahun 1994, ia telah ditutup secara rasmi disebabkan terdapat banyak rentetan peristiwa yang memakan nyawa pengunjung yang datang ke situ dan kes yang paling popular ketika itu warga Singapura dilaporkan mati lemas dalam satu insiden di sana.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!