Thailand Sewa 'Houseboat' Sebagai Pusat Merawat Pesakit COVID-19 );

Type to search

Asean Backpackerz Insider

Thailand Sewa ‘Houseboat’ Sebagai Pusat Merawat Pesakit COVID-19

Share
thailand

Berikutan kes COVID-19 yang masih membelenggu penduduk di Thailand, pihak kerajaan bakal menggunakan bot sebagai pusat penempatan di daerah Yala.

Yala merupakan sebuah wilayah di selatan Thailand yang telah disenaraikan sebagai zon merah kerana mempunyai bilangan kes jangkitan yang tinggi berbanding kawasan lain.

Memandangkan pihak hospital gagal mencari lokasi yang sesuai untuk hospital lapangan di darat, maka dengan itu mereka memutuskan untuk beralih ke rakit.

yala

Pengarah Hospital Than Ho, Dr Mazlan Talib berkata, lonjakan kes COVID-19 di Yala telah mengakibatkan jumlah katil hospital di kawasan itu semakin berkurangan.

“Sebuah rumah bot boleh memuatkan sehingga 20 buah katil untuk pesakit COVID-19 yang perlu menjalani pemerhatian selama tujuh hari,” katanya kepada agensi berita tempatan.

Menurutnya lagi, pelbagai kemudahan asas berserta pegawai perubatan turut ditempatkan bagi memantau keadaan kesihatan pesakit COVID-19 di situ.

yala

Difahamkan, pihak hospital juga akan menempatkan jururawat di rakit untuk rawatan kecemasan dan pasukan ambulan kecemasan juga akan disediakan di sepanjang tepi empangan bagi memastikan pesakit dihantar ke hospital dengan segera.

Satu inisiatif yang baik ditunjukkan pihak hospital di Thailand dan diharap ianya mampu memulihkan ramai pesakit COVID-19 di wilayah berkenaan.

yala

Sambil dirawat oleh doktor, pesakit juga boleh merawat ‘jiwa’ mereka dengan menikmati pemandangan di tepi tasik.

Kalau setiap petang dapat tengok sunset mesti kesihatan pun akan bertambah baik kan?

 

Sumber: thesmartlocal

 

Baca: Thailand Benarkan Pengunjung Jalani Kuarantin Di Atas Kapal Layar
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!