Thailand Destinasi ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Selain Dari Costa Rica & Mexico );

Type to search

Backpackerz Insider Isu

Thailand Destinasi ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Selain Dari Costa Rica & Mexico

Share
thailand

Setiap orang impikan hari tua yang tenang selepas bersara kerana inilah masanya untuk mereka berehat setelah sekian lama penat lelah bekerja.

Thailand telah tersenarai antara ’25 tempat terbaik untuk bersara’ oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.

Negara tersebut menduduki tempat ke-11 dengan skor purata 72.9 meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. Malaysia pula hanya berada di kedudukan ke-15 dengan purata markah 72.


BACA JUGA: Sambutan Menggalakkan, Pelancong Tiba di Thailand Capai 30 Ribu Sejak Buka Sempadan


Bandar San Jose, Costa Rica.

Costa Rica di tempat kedua, manakala Mexico ketiga dan diikuti Portugal, Colombia, Perancis, Malta, Sepanyol, dan Uruguay.

Mexico.

Menerusi laporan International Living, negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberikan merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.

Keputusan ini dibuat dengan menilai beberapa siri kriteria termasuklah kos sara hidup pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ini adalah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpul di lapangan.

Untuk makluman, International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan skop serta maklumat mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara, dan melabur.

Pulau-pulau di Thailand pun memang cantik dan menenangkan kan? So, tak pelik pun jika negara ini tersenarai antara tempat terbaik di Asia untuk bersara.

[Sumber: Bernama, InsiderHook]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!