Tourism Thailand Bekerjasama Dengan Aplikasi Tinder Adakan Percutian Mencari Jodoh - Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Tourism Thailand Bekerjasama Dengan Aplikasi Tinder Adakan Percutian Mencari Jodoh

Avatar
Share

Kementerian Pelancongan Thailand bekerjasama dengan aplikasi Pencarian Jodoh, Tinder, bagi mempromosikan percutian mencari jodoh kepada orang bujang.

Industri pelancongan kembali hidup akhir tahun lepas dengan pelancaran visa 60 dan 90 hari secara berperingkat untuk pelancong antarabangsa dimana pelancongan, termasuk pelancongan domestik, masih bergelut dengan pandemik.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Dalam usaha untuk menaikkan dorongan melancong, pihak Pelancongan Thailand, telah bekerjasama dengan Tinder untuk menawarkan pakej percutian perseorangan kepada penduduk setempat.

Thailand

Image: Darren Lawrence @Unsplash

Beberapa peringkat percutian telah dirangka bermula 20 Disember lalu seperti menjelajah sepanjang sungai Chao Phraya di Bangkok dimana ia berhenti di 9 kuil yang ada.

Peringkat kedua pula melibatkan percutian pantai di Koh Khai di Phuket dan peringkat seterusnya berlangsung di Pa Sak Jolasi Dam di Lopburi, ‘Monkey City’.

Penambahan peringkat perjalanan akan ditambah selepas ini dengan melibatkan kawasan Pattaya kawasan pergunungan Mae Hong Son.

Mae Hong Son Image: Stephanie Ecate @Unsplash

Peringkat Perjalanan Perseorangan ini mensasarkan pelancong solo yang lebih suka melakukan perjalanan sendiri ke pelbagai destinasi di Thailand,” kata Gabenor TAT, Yuthasak Supasorn, dalam satu kenyataan.

Tempahan hanya tersedia untuk pelancong domestik dan boleh dibuat melalui laman web Sneaksdeal.

Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!