'The Food Ranger' Berpindah ke Dubai Selepas 2 Tahun Menetap Di Malaysia Hasikan Konten );

Type to search

Backpackerz Insider

Selepas 2 Tahun Menetap Di Malaysia, ‘The Food Ranger’ Berpindah ke Dubai

Share
the food ranger

‘Terima kasih,’ itulah antara bait kata dari seorang Content Creator dari The Food Ranger jika mendapat makanan yang dipesannya.

Trevor James atau lebih dikenali ‘The Food Ranger’, mengambil keputusan untuk berhijrah ke Dubai setelah tinggal di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Vlogger yang popular dengan memperkenalkan makanan enak di tempat-tempat menarik itu mengambil keputusan untuk berpindah ke Dubai kerana ingin terus meneroka makanan di seluruh dunia.

Menerusi hantaran di Instagram, James berulang kali menyebut bahawa Malaysia adalah negara kegemarannya dan menikmati semua yang menarik di negara ini.

Malaysia Antara Negara yang Beliau Minati

Antara faktor menguatkan lagi perincian mengenai keindahan Malaysia, dia memberitahu negara ini mempunyai kemudahan perjalanan antarabangsa dan makanan pelbagai budaya yang lazat seperti ‘Raja Buah’ iaitu durian.

Kegilaannya terhadap durian adalah sebab mengapa James memilih untuk berpindah dari China di mana dia memulakam saluran YouTube tujuh tahun lalu.

Vlogger itu juga pernah menerima penghargaan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri yang mengiktiraf usahanya mempromosikan Malaysia kepada 17 juta pengikutnya di Facebook dan YouTube.

Pengiktirafan tersebut mengambil kira usaha James membuat kandungan video yang memaparkan pelbagai jenis makanan yang ada di seluruh Malaysia.

Menurutnya, penghijrahan itu bukanlah pengakhiran ‘The Food Ranger’ di Malaysia kerana mengakui akan kembali pada masa akan datang setelah pandemik COVID-19 kembali reda.

[Sumber: The Food Ranger]

Baca lagi: 3 Sebab Tip Travel Best Datang Dari TikTok

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!