3 Sebab Tip Travel Best Semua Datang Dari TikTok );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz

3 Sebab Tip Travel Best Semua Datang Dari TikTok

Share
tip

Video TikTok yang paling banyak view sepanjang masa menunjukkan seorang lelaki, yang berpakaian sebagai pelajar Hogwarts, menerbangkan penyapu sihir di sebuah taman perumahan. Klip berdurasi 18 saat itu telah ditonton sebanyak 2.2 bilion kali.

Namun, sebilangan Content Creator telah menemukan cara baru untuk travel tempat yang menarik bagi penonton TikTok dan pergi ke lokasi yang sukar dicapai.

Ketika ini, ramai sedang menunggu panggilan vaksin sambil mengimpikan destinasi idaman, platform media sosial akhirnya dapat mengubah cara orang untuk dapatkan tip bercuti.

Perkara ini berlaku terutamanya bagi generasi millennial dan Gen Z, yang cenderung berada di TikTok daripada kumpulan umur yang lain.

Kumpulan ini membelanjakan lebih banyak masa sekarang , terutama untuk travel dan makan, daripada sebelum pandemik COVID-19 lagi.

Jumlah kumpulan ini memberi peluang untuk platform TikTok popular secara besar-besaran dan merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2020.

Ini ada tiga sebab mengapa tip travel yang best semuanya datang dari aplikasi TikTok.

1. Paparkan tempat-tempat yang kita sendiri tak jangka

tip

Dekat TikTok, pengguna selalunya banyak luangkan masa dekat page ‘For You’, berdasarkan algoritma yang paling banyak ditonton oleh pengguna.

Jadi, aplikasi ini tak sama seperti YouTube atau Instagram, yang memaparkan akaun tertentu yang sudah diikuti oleh pengguna.

Pengguna TikTok lebih banyak berinteraksi dengan akaun baru, mewujudkan peluang untuk Content Creator ditemui oleh viewers yang baru.

Contoh video TikTok seperti travel ke Uzbekistan dan Kyrgystan yang telah menjadi tular di seluruh dunia dari Content Creator bernama Davud Akhundzada tentang trip beliau ke dua buah tempat ini.

Dan sisi awesome untuk content creator ini, dia dapat menambah follower 100,000 baru dalam masa sebulan. Berbanding subscribers di Instagram dan juga Youtube.

Lagipun, pemandangan tempat yang dipaparkan serta kedudukan geografi di sini membuatkan viewers tertarik untuk ketahui lagi apa yang best serta dapat mencuci mata walaupun sedang duduk di rumah. 

Baca Lagi: UOB Malaysia Melancarkan Platform Percutian & Pengembaraan Dalam Talian, ‘The Travel Insider’

2. Dapat promote lebih lagi keunikan kampung halaman masing-masing

tip

Salah satu sebab tip travel TikTok lebih diminati kerana rata-rata pereka konten tidak lokek untuk berkongsi panduan serta promosi keunikan kampung halaman masing-masing.

Kebanyakan dari kita akan pergi ke tempat-tempat makan yang best atau mencubanya di rumah kerana video di Tiktok yang memberi kita pengkongsian yang menarik.

Platform ini yang akan mendorong pelancongan yang bertanggungjawab, terutama dalam keadaan pandemik.

3. Ada potensi untuk TikTok jadi tempat ejen pelancongan baru

tip

Cara termudah untuk memulakan planning travel dengan TikTok adalah dengan mengikuti hashtag, seperti #Pulauperhentian atau #foodiemalaysia.

Even penduduk tempatan juga boleh membuat video untuk promosikan tempat mereka kepada pelancong tentang tempat yang mereka gemari.

Kalau nak tahu lebih tentang tip travel, anda sendiri boleh search dengan hashtag #travelhack, #fyp, ataupun #tiptravel. Mudah. Semua di hujung jari.

@kristinacors

Who wants to Fly FREE for 1 year?! Follow to find out about more travel opportunities!! ##travel ##digitalnomad ##travelhacks ##freetravel ##kristinacors

♬ BORN FOR THIS - Foxxi
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!