Wanita Ini Sanggup 'Travel' Sejauh 10,000km Untuk Potong 'Mangga Cinta' Selepas Putus Dengan Teman Lelaki );

Type to search

Backpackerz Insider

Wanita Ini Sanggup ‘Travel’ Sejauh 10,000km Untuk Potong ‘Mangga Cinta’ Selepas Putus Dengan Teman Lelaki

Share
wanita travel potong mangga cinta

Mengabadikan cinta dalam bentuk mangga adalah salah satu trend yang popular bagi kebanyakan pasangan sebagai tanda ‘mengunci’ hubungan sehingga ke akhir hayat.

Tetapi, bagaimana pula jika hubungan itu tidak kekal seperti yang diharapkan?

Pada tahun 2019, Kassie Yung dan pasangannya telah mengabadikan cinta mereka dalam bentuk mangga di N Seoul Tower, satu lokasi di Korea Selatan yang popular dengan barisan ‘mangga cinta’.

Namun hubungan yang disangkakan panas hingga ke petang itu tidak berkekalan selepas mereka berpisah dua tahun kemudian.

Mungkin bagi sesetengah pasangan yang mengalami nasib sama, mangga tersebut bukanlah satu perkara besar dan hanyalah kenangan ketika sedang mabuk bercinta.

Tetapi tidak bagi Kassie. Wanita itu sanggup terbang sejauh 10,000 kilometer dari Los Angeles ke Seoul – ketika musim pandemik – untuk memotong mangga tersebut!

Kassie merakam perjalanannya untuk memotong mangga berkenaan dalam sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini.

Walaupun terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan menggunakan pelbagai jenis pengangkutan – kapal terbang, bas dan kereta kabel – untuk sampai ke situ, dia tidak kisah kerana mengakui dirinya seorang yang ‘petty’.

Tetapi ternyata perjalanan itu amat berbaloi buat dirinya yang kelihatan puas setelah berjaya memotong mangga cintanya itu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!