Top 5 Travel Backpack Terbaik untuk Pelbagai Aktiviti );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz

Top 5 Travel Backpack Terbaik untuk Pelbagai Aktiviti

Share
backpack

Tengah mencari backpack atau luggage ke tu? Jangan risau, ini Backpackerz dah mudahkan pencarian korang untuk shopping secara dalam talian.

Ada 7 senarai beg travel yang terbaik dari segi kualiti, warranty, harga dan juga kepelbagaian kegunaannya.

Jom kita lihat di bawah;

1. Arctic Hunter i-Walrus - Backpack yang Kuat

Antara beg kegemaran ramai kerana ia mempunyai banyak compartment, membolehkan korangmenyimpan pelbagai jenis barang seperti laptop, pakaian, buku, barangan elektronik dan sebagainya.

Terdapat juga poket RFID yang membolehkan kita menyimpan kad kredit mahupun kad debit dengan selamat.


BACA JUGA: 8 Teknik Packing Gajet Bila Pergi Melancong


Bukan itu sahaja, saiz beg ini boleh diubah saiznya daripada 19L kepada 32L dengan menggunakan zip khas.

Jadi, beg ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk kegunaan di sekolah atau universiti atau untuk dibawa melancong.

Beg ini adalah beg tahan lasak yang boleh digunakan untuk membawa barangan berat.

Beg ini juga direka khas untuk mengurangkan rasa sakit belakang ketika anda membawanya. Ia juga kalis air dan turut ditawarkan dengan warranty selama 3 tahun.

2. Warbase Backpack - Backpack yang Murah

Beg ini menerima respons yang positif daripada pengguna. Kelebihan utama beg ini ialah ia mempunyai kapasiti yang besar serta harganya yang murah. Ia dijual dengan pilihan saiz iaitu 40L dan 60L.

Ia juga agak selesa untuk dibawa. Ia mempunyai banyak tali strap pada bahagian pinggang, dada dan bahu.

Pada tali strap bahu, terdapat span yang boleh mengurangkan rasa lenguh jika membawa beg dalam jangka masa yang lama. Beg ini juga direka khas bagi mengurangkan tekanan yang dikenakan pada bahu.

Beg ini juga tahan lasak dan sesuai juga digunakan ketika hiking atau berkhemah. Terdapat tali pada bahagian belakang yang membolehkan korang membawa khemah, botol air atau tikar.

Warbase Backpack ini juga kalis air dan boleh digunakan ketika hujan. Secara keseluruhannya, beg ini adalah pilihan yang sesuai jika anda perlukan beg yang bersaiz besar serta murah.

3. Akiro Backpack - Beg jenis ringan

Beg ini mempunyai banyak compartment dan poket, mampu menyimpan pelbagai jenis barang-barang besar seperti peralatan perkhemahan, botol air dan juga kasut.

Di bahagian sisi beg ini terdapat dua tempat meletakkan botol air atau barangan lain.

Poket khas untuk menyimpan kasut membolehkan korang membawa kasut tanpa perlu risau beg kotor. Ruang penyimpanan juga luas dan sesuai untuk dibawa melancong atau berkhemah. 

Kapasiti yang besar membolehkan simpan banyak barang tanpa perlu membawa beg kedua. Beg ini juga agak ringan.

Pilihan warna yang diberikan agak banyak membolehkan korang memilih warna kegemaran.

4. Osprey Porter 46 - Boleh dibuka seperti suitcase

Beg ini mempunyai ciri yang biasanya dimiliki oleh bagasi iaitu ‘front loading’ atau bukaan beg bahagian hadapan.

Di samping itu, proses menyimpan barang juga akan mengambil masa yang lebih singkat kerana bukaan yang lebih luas membolehkan korang untuk menyimpan lebih banyak barang pada satu-satu masa.

Beg ini juga mempunyai tali khas yang membolehkan korang untuk mengubah saiz beg dengan mengetat atau melonggarkan tali tersebut.

Kapasiti beg ini juga lebih besar jika dibandingkan dengan beg galas biasa. Ia mempunyai kapasiti sebesar 46L dan juga mempunyai banyak compartment serta poket yang membolehkan pengguna mengasingkan barang-barang mereka.

Beg ini adalah alternatif yang baik bagi sebuah bagasi kerana ia mempunyai kelebihan daripada kedua-dua jenis beg.

5. Osprey Farpoint Wheeled - Backpack beserta roda

Beg ini adalah beg galas yang boleh diubah menjadi bagasi. Beg ini boleh digunakan sebagai bagasi di lapangan terbang atau tempat awam yang mempunyai permukaan rata atau anda boleh menggalasnya jika anda mahu membawanya ke tempat sesak ataupun tangga.

Ia juga boleh berdiri dengan sendiri memudahkan untuk anda meletakkannya jika anda berasa penat. Kapasiti beg yang sebesar 36L ini sesuai jika anda mahu melancong selama 4-9 hari. Tali galas beg ini juga boleh disorokkan menenggunakan zip yang telah disediakan.

Beg ini juga kalis air jadi tidak perlu risau untuk membawa beg ini ketika hujan. Rekaan beg ini juga moden dan minimalis, sesuai digunakan untuk semua orang.

Tayar bagi beg ini juga tahan lasak dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis permukaan. Korang tak perlu risau dengan kualiti beg ini kerana ia memberikan jaminan seumur hidup. 

Secara keseluruhannya, beg ini adalah pilihan yang tepat jika keliru untuk meilih sama ada inginkan sebuah beg galas atau bagasi kerana beg ini adalah kombinasi untuk kedua-duanya.


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!