5 'Travel Hacks' yang Korang Wajib Tahu Lepas Habis PKPB );

Type to search

Backpackerz Insider Tips

5 ‘Travel Hacks’ yang Korang Wajib Tahu Lepas Habis PKPB

Share

Biasalah, kalau tengah waktu PKPB ini, mood nak pergi trip atau travel dah menyusut sedikit dek risaukan kes makin meningkat hari demi hari.

Tapi jangan risau! korang boleh simpan artikel ini dulu untuk dijadikan rujukan pada waktu yang mendatang.

Kita memang sedia maklum yang percutian adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan. lagi-lagi lepas pandemik ‘is over’!

Tapi, perjalanan yang sangat panjang kadang buat mood korang spoil juga kan. Jadi, ada sedikit ‘travel hacks’ yang BackPackerz ingin kongsikan dengan korang semua supaya trip yang akan datang kacang je!

Hacks 1: Susun barang dalam kereta dengan bijak

Kebanyakan kemalangan yang berlaku ketika semua orang sedang tidur kecuali pemandu. Seperti susunan dalam gambar, tempat duduk bahagian penumpang depan kena di ambil oleh orang yang navigator – boleh bersembang, tak akan tidur, A+ dalam google maps dan pembantu.

susunan ikut nombor dalam gambar akan ditulis secara terperinci di bawah untuk keselesaan maksimun korang.

1- barang paling penting si pemandu – beg dompet, cermin
2- barang paling penting untuk semua orang – kotak ubat, dokumen perjalanan atau lain-lain.
3- bekas sampah
4- barang hiburan atau barangan kanak-kanak
5- makanan
6- beg atau jaket atau bantal
7- beg bagasi


Hacks 2: Bawak plug tambahan

Memang sangat berguna ketika berada di lapangan terbang, kafe mahu pun hotel. Korang juga boleh buat orang lain gembira dengan kerana kemudahan yang korang bawa sendiri.


Hacks 3: Makan dalam kereta dengan selesa

Masa korang tengah makan dalam kereta, memang susah nak cari spot baik untuk letak makanan daripada tertumpah. Apa kata, korang letak dalam bekas macam dalam gambar kat atas dan walla! Settle masalah.


Hacks 4: Jaga kebersihan tempat letak cawan

Korang mesti rasa geram bila tengok dalam bekas cawan penuh serpihan makanan atau habuk. Lagi-lagi bila terbiasa dalam norma baru, kebersihan memang dititikberat. Korang boleh letak lapik silikon ataupun bekas cupcake.


Hacks 5: Guna Aplikasi untuk banding harga stesen minyak

Last but not least, korang boleh muat turun aplikasi yang boleh bandingkan harga stesen minyak. Mudah bagi korang yang nak jimatkan bajet. Macam gambar di atas, aplikasi tersebut adalah salah satu contoh aplikasi yang korang boleh guna walaupun tidak pergi bercuti.

5 ‘travel hacks’ ini harap dapat membantu korang membuat perjalanan yang lancar selepas habis lockdown. BackPackerz mungkin akan buat part-2 untuk mencari ‘hacks’ yang berguna buat korang.

Jaga kesihatan, jaga diri, jaga SOP dan #KitaJagaKita!

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!