UK Benarkan Majlis Perkahwinan Diadakan Pertama Kali Sejak COVID-19 );

Type to search

Backpackerz Insider

UK Benarkan Majlis Perkahwinan Diadakan Pertama Kali Sejak COVID-19

Share
majlis

Berita baik ini pastinya disambut dengan tangisan gembira oleh semua pasangan bercinta di United Kingdom, apabila hampir dua tahun majlis perkahwinan dilarang kerana pandemik.

Undangan perkahwinan akan dibenarkan berlangsung di luar rumah untuk pertama kalinya di England dan Wales mulai bulan depan.

Di England, perunding majlis akan diminta untuk mengehadkan jumlah tetamu berdasarkan ruang. Ianya bertujuan bagi menjaga jarak dan penjarakan sosial, wajib memakai topeng muka semasa menghadirkan diri.

majlis

Manakala di Wales, jumlah tetamu yang hadir mengikut keluasan tempat dan penilaian risiko kes COVID – 19.

Setiausaha Kehakiman Robert Buckland berkata, hari perkahwinan merupakan satu detik adalah paling istimewa dalam hidup kita dan perubahan ini akan membolehkan orang ramai meraikannya dengan cara yang mereka inginkan.

“Ianya juga bertujuan bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk pengantin menerima ramai tetamu dengan cara yang lebih selamat.

“Pada masa yang sama, langkah ini akan membantu sektor perkahwinan dengan memberikan pilihan yang lebih besar bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan upacara diraikan secara meriah,” katanya.

majlis

Walau bagaimanapun, lokasi perkahwinan yang akan berlangsung selepas Julai nanti mestilah dinilai terlebih dahulu berdasarkan keperluan akses dan papan tanda untuk orang ramai.

Ianya suatu perkara yang amat dinanti-nantikan oleh pasangan bercinta yang mengimpikan hari bahagia mereka.

Buat pasangan yang berada di Malaysia, diharap bersabar… Hari kebahagian anda pasti akan tiba, yang penting jaga terus patuh SOP ditetapkan. 

 

Baca lagi: Wanita Ini Sanggup ‘Travel’ Sejauh 10,000 km Semata-Mata Potong ‘Mangga Cinta’ Selepas Berpisah Dengan Teman Lelaki

UK

 

Sumber: channelnewsasia

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!