Nak Tahu Vaksin Covid Mana Yang Paling Diterima Untuk Travel? Anda Boleh Check Di Laman Web Ini );

Type to search

Backpackerz Insider

Nak Tahu Vaksin Covid Mana Yang Paling Diterima Untuk Travel? Anda Boleh Check Di Laman Web Ini

Share
maldives vaksin covid

Ketika ini, perjalanan antarabangsa dilihat sudah perlahan-lahan bermula semula selepas banyak negara mula membuka sempadan negara mereka. vaksin

Antara faktor utama yang menyumbang kepada pembukaan sempadan oleh banyak negara sudah tentunya vaksin.

Namun begitu, peraturan dan penerimaan vaksin adalah berbeza bagi setiap negara dan ada kalanya mengelirukan.

Sebagai contoh, negara-negara EU secara umumnya mengiktiraf vaksin yang diluluskan oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA), iaitu Pfizer, Moderna, AstraZeneca, dan Janssen.

Hungary bagaimanapun mengiktiraf lapan jenis vaksin, menjadikannya negara yang mengiktiraf paling banyak jenis vaksin.

Rakyat malaysia Terima vaksin

Beberapa negara termasuk Thailand dan Indonesia pula menggabungkan dua jenis vaksin, walaupun ada beberapa negara yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima vaksin hybrid atau campuran.

Menurut The Economist, Vaksin AstraZeneca ketika ini merupakan vaksin yang paling diterima di seluruh dunia dengan 119 negara mengiktirafnya.

Di tangga kedua adalah Pfizer-BioNTech, diikuti oleh Sputnik V. Sinopharm dan Moderna masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.

Foto: The Economist

VisaGuide.World mencipta satu laman web untuk anda memeriksa penerimaan vaksin di seluruh negara. Anda boleh lihat di sini.

Tetapi walau apa jua jenis vaksin yang anda dapat, jangan bimbang kerana perkara ini akan berubah dari masa ke masa dan akan tiba suatu hari nanti di mana semua negara sudah tidak ambil peduli tentang jenis vaksin yang anda terima.

Bagi yang masih belum mengambil vaksin, jangan risau mengenai jenis vaksin yang anda akan terima. Ambil apa jua jenis vaksin yang diberikan supaya kita mencapai imuniti kelompok secepat mungkin dan dapat kembali kepada kehidupan normal.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!