2 Wanita Ini 'Convert' Bas Sekolah Menjadi Rumah - Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

2 Wanita Ini ‘Convert’ Bas Sekolah Menjadi Rumah

Share

Christine Saldana dan Kathy Marisca, dua wanita menjalani kehidupan yang sedikit berbeza apabila menjadikan bas sekolah lama sebagai rumah mereka. Menggelarnya “Adelita”, dua wanita ini mengubah bahagian dalam menjadi kediaman yang sangat luas dengan gaya moden.

“Kami membeli Adelita (Bas) pada harga $7500 dan mula melakukan pengubahsuaian. Kami mmeminta kontraktor untuk membina sistem paip, elektrik dan air, dinding pembingkaian, saluran gas propana dan semua infrastruktur, “menurut Kathy.

bas

Fasa pertama mengambil masa enam minggu untuk diselesaikan, dengan Christine dan Kathy menghubungi syarikat perabot bagi memasang elemen dalaman. Projek ini menelan belanja keseluruhan $50,000 dan kini mereka bertapak di Houston, Texas, di mana dua wanita ini membayar yuran bulanan $800 bagi sewaan tapak.

“Kami berpindah dari Los Angeles kerana tugas sekarang kami banyak bergerak, kami menemui sebuah resort RV di Houston yang mempunyai kemudahan hebat.

“Penyelidikan, penyelidikan, penyelidikan. Benar-benar tahu apa yang anda mahukan daripada perubahan ini, adakah anda akan melakukan perjalanan sepenuh masa atau adakah anda hanya meminati kediaman kecil? Bergantung pada keperluan anda.

Bagi kami, kami merancang untuk tinggal sepenuh masa dan bukannya bergerak antara tempat. Kami berdua mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan pelancongan sepenuh masa belum menjadi pilihan.

Oleh itu, semasa kami merancang pelan lantai untuk memenuhi keperluan kami. Kami mahu tinggal di dalam bas tetapi perlu merasa seperti rumah yang sebenar.”

Untuk masa depan, kami merancang untuk tinggal di dalam bas sehingga kami membeli rumah sendiri. Kami tidak merancang untuk membuang bas ini. Ia selamanya akan menjadi “rumah pertama” kami dan kami menantikan persaraan dan menikmati kehidupan di jalan raya selepas itu. Adelita akan menjadi rumah pertama dan terakhir kami. “

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!