Intensif Perlu Untuk Industri Pelancongan Menurut MATA Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu

Intensif Perlu Untuk Industri Pelancongan Menurut MATA

Share

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) yakin kerajaan akan terus memberi perhatian membantu industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dalam pembentangan Bajet 2023.

MATA mahu kerajaan memberi tumpuan kepada penubuhan Perbankan Pelancongan dan beberapa insentif untuk membantu industri ini.

Menurutnya Presidennya, Datuk Dr Mohd Khalid Harun, perbankan pelancongan perlu diwujudkan pada kadar semasa bagi membantu pemain industri mendapatkan pinjaman secara terus tanpa melalui bank perdagangan yang mempunyai banyak birokrasi yang tidak munasabah dalam industri pelancongan.

Bank perdagangan telah gagal membantu pemohon yang memohon pinjaman semasa pandemik lalu berdasarkan banyak maklum balas negatif daripada ahli berkaitan bank komersial.

matta fair

MATA juga menyarankan agar Kerajaan Malaysia memberi insentif untuk membantu industri pelancongan negara melalui pengecualian cukai untuk pemain dalam industri pelancongan selama lima tahun, ini sudah tentu dapat membantu mereka untuk lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan negara maju.

Jelas Mohd Khalid, pengecualian cukai untuk industri pelancongan ini telah digunakan di beberapa negara lain dan sudah sampai masanya Malaysia mencontohi usaha ini.

Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan untuk menyediakan insentif untuk semua persatuan pelancongan berdaftar Malaysia yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti persatuan memajukan industri pelancongan negara.

MATA juga menggesa agar prasarana yang melibatkan tempat pelancongan perlu dibaiki segera termasuk menaik taraf balai berlepas dan ketibaan di setiap lapangan terbang yang kelihatan semakin ketinggalan dimamah usia.

”Dengan memberi lebih banyak insentif untuk mempromosikan Malaysia di dalam dan luar negara dapat membantu pemain industri untuk turut serta dalam misi promosi Tourism Malaysia di luar negara.

”Pada masa ini, Tourism Malaysia menyediakan Geran Gamelan yang membiayai 50% daripada kos penyertaan untuk mempromosikan Malaysia. Pemberian Gamelan perlu dinaikkan daripada 50% kepada 65% kepada membantu pemain industri,” ujarnya.

sumber: MG

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *