Isu: Bagasi Penumpang Siapa Patut Angkat? Krew Kabin Patah Tangan Bantu Angkat 'Bagasi' Dalam Pesawat - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Isu: Bagasi Penumpang Siapa Patut Angkat? Krew Kabin Patah Tangan Bantu Angkat ‘Bagasi’ Dalam Pesawat

Share
  • Kalau cabin compartments penuh beg, bagasi lain kena offload & menyusahkan ground staff lalu mengakibatkan pesawat delay.
  • Sekiranya sesebuah penerbangan delay disebabkan hal-hal sebegini, KPI staf, krew kabin dan sesiapa yang terlibat akan bermasalah.
  • Jika bawa naik hand carry bag dalam pesawat, elakkan sampai melebihi had muatan sepatutnya & hormati ruang bagasi untuk penumpang lain.

Tugas krew kabin adalah memastikan keselamatan, keselesaan dan kelancaran perjalanan penumpang semasa dalam pesawat. Bukan tugas sebagai ‘kuli’ kepada penumpang sehingga disuruh mengangkat beg letak dalam cabin compartment.

Terbaru, satu insiden yang tular melibatkan seorang krew kabin yang patah tangan gara-gara membantu mengangkat bagasi penumpang, kemudian bagasi tersebut jatuh lalu menimpa krew tersebut.

Antara bagasi penumpang yang tak muat & lebih 7 KG. Kredit - Mohd Aliph Rosli

Perkongsian screen shot tersebut dikongsikan rakan mangsa yang merupakan seorang pramugari di laman Story Instagram miliknya. Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan penumpang tersebut yang tidak bertanggungjawab pada bagasinya serta bersikap mementingkan diri sendiri.

Buat pengetahuan korang, krew kabin tidak dibenarkan mengangkat beg penumpang sewaktu in-flight. Turut dikongsikan adalah masalah yang dihadapi krew kabin akibat mengangkat bagasi penumpang yang berat antaranya slip disc, patah tangan, terpaksa cuti lama sebab sakit belakang dan terpaksa berhenti.

Perkongsian di Twitter Okedkama
Tatapan korang, jangan lebih 7 KG okay. Foto - Saleha Baharuddin

Krew kabin pun manusia juga, mereka ada had keupayaan untuk mengangkat sesuatu, bukannya hulk boleh angkat semua benda. Kalau rasa diri korang tu pendek atau tak terdaya sekalipun, tawar lah dekat krew kabin tu untuk angkat bagasi korang sama-sama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Sekiranya bawa bagasi berat atau banyak sangat ‘travel essential” korang, apa salahnya check in luggage, itu lebih memudahkan semua pihak.

Bayangkan sekiranya ada situasi pesawat menghadapi air turbulence atau kecemasan, mahu tercampak keluar beg-beg berat ‘overweight‘ jatuh menimpa penumpang lain. Apa salahnya check in luggage, selesai masalah. Nak melancong jauh-jauh ke luar negara, tapi kos untuk check in luggage pun masih nak berkira? Kemon.

P/S: In this situation, passengers must have common sense and be more tolerate.

Tags:

2 Comments

  1. Kham December 2, 2019

    Tuan punya beg angkatlah sendiri. Jangan ada hand carry kalau tak boleh nak bawa.
    Cadangan supaya all crew berdiri di depan to welcome passengger atau dibelakang sampai passenger settled down. Write clause that passenger to carry their own luggage.

    Reply
  2. Majalah Backpackerz December 4, 2019

    Exactly. Just stay depan untuk welcome or say goodbye, automatik passenger akan angkat or uruskan beg sendiri.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!