Isu: Kenapa Pelancong Luar Takut Berkunjung ke India Ketika Ini? - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Isu: Kenapa Pelancong Luar Takut Berkunjung ke India Ketika Ini?

Share
  • Pelancong India & asing telah menghubungi bilik kawalan polis di Taj Mahal untuk memastikan keselamatan sekitarnya.
  • Pendapatan yang dijana daripada bayaran masuk ke Taj Mahal hampir 14 juta USD (RM57.51 juta) setiap tahun.
  • Pindaan Akta Kewarganegaraan di India bertujuan menawarkan kerakyatan kepada pendatang daripada enam masyarakat – Hindu, Sikh, Jain, Buddha, Parsi & Kristian.

Sinonim kita dikongsikan berita mengenai konflik yang berlaku di wilayah Kashmir sehingga meragut nyawa. Senario hitam ini telah berlaku lebih daripada 50 tahun.

Sebelum ini, Wisma Putra turut mengeluarkan kenyataan yang menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke Pakistan dan India, khususnya di kawasan paling terkesan daripada konflik.

Konflik Pakistan - India

Kashmir ini merupakah wilayah yang merujuk kepada sempadan kawalan ketenteraan atau Line of Control antara India dan Pakistan. Masing-masing mengawal sebahagian Kashmir tetapi kedua-duanya mendakwa wilayah tersebut sepenuhnya.


Trivia – Ketegangan antara Pakistan dan India di Kashmir sudah berlaku sejak 1947 setelah perpisahan yang terjadi antara kedua-duanya.


Ketepikan soal Kashmir buat waktu ini. Penulis terbaca satu berita Global yang dikongsikan Harian Metro bertajuk “Pelancong Takut ke India” pada tiga hari lepas.

Pihak berkuasa India di Kashmir. Foto - Zawani
Hawa Mahal Road, Jaipur, India

India dikejutkan dengan rusuhan besar-besaran tercetus gara-gara bantahan terhadap undang-undang kerakyatan baharu yang dilihat sebagai anti-Islam sehingga meragut nyawa 25 orang dan mencederakan lebih 100 orang di beberapa kawasan tumpuan pelancong antaranya Uttar Pradesh, New Delhi, Chennai, Bangalore dan Lucknow.

Insiden tersebut menyebabkan kedatang pelancong luar ke India merosot sekali gus memberi impak negatif terhadap industri pelancongan dalam negara. 

Polis Uttar Pradesh. Foto - PTI
Polis Delhi mengawal keadaan di kawasan Seelampur. Foto - PTI

Antara tarikan pelancongan yang terkesan adalah Taj Mahal. Dalam tempoh dua minggu lalu (Disember 2019), sebanyak 200 ribu pelancong tempatan dan asing membatalkan lawatan ke lokasi popular di bandar Agra.

Turut terkesan adalah pengusaha hotel dan rumah tumpangan berhampiran Taj Mahal yang mendakwa jumlah tetamu jatuh mendadak hingga menjejaskan pendapatan mereka. Kedatangan pelancong pada Disember turun sebanyak 60% berbanding tahun lalu.

Taj Mahal UNESCO
Taj Mahal, Agra

Uttar Pradesh, negeri di utara India merupkan lokasi rusuhan paling buruk dan mencatatkan angka kematian paling tinggi.

Undang-undang bersifat ‘anti-Muslim’ itu telah diluluskan kerajaan Narendra Modi. Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) mencetuskan kontroversi kerana undang-undang berkenaan membolehkan kerakyatan diberikan kepada bukan Islam dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan kecuali mereka yang beragama Islam. 

Pada tempoh ini, lebih 25 juta pelancong India keluar negara setiap tahun, dan angka itu dijangka terus meningkat 15 hingga 18 peratus setahun. (Sumber: Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB)

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!