Isu: Logo Halal 'Mencurigakan'? YouTuber Korea Bongkar Taktik Peniaga Perdaya Pelancong Muslim di Myeongdong Street - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Feast Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Isu: Logo Halal ‘Mencurigakan’? YouTuber Korea Bongkar Taktik Peniaga Perdaya Pelancong Muslim di Myeongdong Street

Share
  • Myeongdong, daerah popular & destinasi yang mengetengahkan tarikan seperti gerai makanan jalanan, pusat membeli-belah utama serta hiburan.
  • Myeong-dong Street pula jalan raya yang padat setiap masa dengan kunjungan pelancong yang ingin merasai street food, menikmati suasana nightlife sambil berbelanja barangan fesyen, kosmetik & sebagainya.
  • Seorang YouTuber Korea yang beragama Islam, Daud Kim telah membuat satu video berkaitan label ‘halal’ pada makanan-makanan tempatan di Myeong-dong Street.

Secara harfiah, percutian tidak akan lengkap tanpa mencuba sesuatu yang istimewa atau unik di negara yang korang lawati, tapi ia bergantung kepada minat setiap pelancong.

Ada yang gemar aktiviti lasak, ada yang meminati warisan budaya, tidak dilupakan juga pelancong yang suka food hunting. Persoalannya disini, adakah korang yakin dengan status makanan yang ditawarkan di kaki lima mahupun jalanan?

Vibrant city of Seoul. Photo - Expediasea

Terbaru, Daud Kim, YouTuber terkenal telah buat satu pendedahan sekitar Myeong-dong Street bersama kenalannya dari Turki, Sena. Video eksperimen tersebut menunjukkan Sena yang fasih berbahasa Korea mengunjungi gerai-gerai street food di situ lalu bertanyakan mengenai label halal, cara penyediaan makanan serta pemahaman mengenai halal food kepada peniaga.

Myeong-dong Street, destinasi yang padat dengan pengunjung luar bersama penduduk setempat. Dianggarkan hampir 2 juta pelancong dari seluruh dunia melawat kawasan setiap hari ini antaranya negara Asia seperti Jepun, China, Singapura, Indonesia dan tidak terkecuali Malaysia. (Sumber – The Seoul Guide)

Myeong-dong Street pada waktu malam

Apa yang menjadi persoalan buat Daud adalah mengenai status halal makanan yang dipamerkan serta digunakan oleh segelintir peniaga di Myeong-dong Street.

Pendedahan video tersebut telah tular dan mendapat perhatian netizen di laman Facebook dengan shares 31 ribu!

Daud Kim, YouTuber Korea beragama Islam

Youtuber Korea - Daud Kim

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!