Isu: Taraf Keselamatan Ruang Udara/Penerbangan Malaysia Jatuh Tangga Kedua - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Berita Isu Visit Malaysia 2020

Isu: Taraf Keselamatan Ruang Udara/Penerbangan Malaysia Jatuh Tangga Kedua

Share
  • Perlucutan pengiktirafan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari Ketegori 1 ke Kategori 2 hanya tertumpu kepada peranannya sebagai pengawal selia penerbangan.
  • Mana-mana syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh CAAM hilang hak untuk membuka laluan udara baharu keluar-masuk destinasi di Amerika Syarikat.
  • Tindakan penurunan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia dilihat tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong luar ke Malaysia.

Nampaknya, isu mengenai industri penerbangan negara masih tidak reda. Namun perkara berbangkit ini bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan pertelingkahan tetapi lebih kepada penilaian secara membina dan melakukan perubahan serius dalam struktur serta operasi. 

Terbaru, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Aviation Authority of United States – FAA US) menurunkan taraf penilaiannya terhadap keselamatan udara/penerbangan Malaysia dari Kategori 1 ke Kategori 2.

Immediate release oleh CAAM

Menurut laporan Reuters, FAA telah menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia, melarang syarikat penerbangan negara itu daripada menambah penerbangan ke Amerika Syarikat serta penarafan Malaysia diturunkan ke Kategori 2.

Penurunan taraf dari Kategori 1 ke Kategori 2 mempunyai implikasi kepada usaha mana-mana syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia, khususnya yang mempunyai keinginan membuka laluan baharu ke destinasi di bawah pentadbiran FAA.

Ia juga memberi implikasi kepada syarikat penerbangan yang berkongsi kod dengan syarikat penerbangan negara.

Department of Transportation Federal Aviation

Melalui satu kenyataan, pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Kapten Ahmad Ridzwan Mohd Salleh menyatakan keputusan turun-taraf itu berpunca daripada penyemakan (review) yang dilakukan FAA pada bulan April lalu.

Tambahnya lagi, penurunan tersebut ditujukan kepada pihak berkuasa penerbangan dan bukan syarikat penerbangan tertentu. Tindakan FAA ini bukan cerminan kepada prestasi mana-mana syarikat Penerbangan, Lapangan Terbang mahupun Perkhidmatan Trafik Udara di bawah kawal seliaan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM).

Permintaan kepada pihak FAA untuk membuat penilaian semula dalam tempoh 12 bulan sudah dikemukakan bagi tujuan menaik taraf kembali ke Kategori 1.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengakui terdapat "beberapa kelemahan" selepas pemeriksaan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes tidak membuat komen tentang tindakan FAA ini melainkan menyebut akan menunggu arahan dari Kementerian Pengangkutan.

Meskipun berdepan penurunan penarafan, Malaysia akan tetap mencapai sasaran 30 juta pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun depan, menerusi pelbagai pakej menarik menggalakkan kedatangan pelancong luar. Jom sama-sama kita membantu merancakkan sektor pelancongan dalam negara. #VisitMalaysia2020


Sumber: Astro Awani 
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!