Isu: Thailand 'Sound' Syarikat Penerbangan Perlu Kurangkan Promosi Kekang Penularan COVID-19 Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asia Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips Visit Malaysia 2020

Isu: Thailand ‘Sound’ Syarikat Penerbangan Perlu Kurangkan Promosi Kekang Penularan COVID-19

Share
  • Thailand mencatatkan satu lagi kes koronavirus baru, menjadikan jumlah terkini 43 orang sejak Januari lalu.
  • Seorang lelaki tempatan Thailand dilaporkan meninggal dunia, menjadikan kematian pertama akibat COVID-19.
  • Kes tersebut berlaku kerana mangsa mempunyai kontak pendedahan kepada pelancong China sebelum ini.

Penularan wabak koronavirus atau lebih dikenali COVID-19 berlaku pada dua bahagian; orang yang dijangkiti di negara terkesan atau mendapat virus dari pelancong luar yang bercuti dalam negara, terutama rakyat China.

Disebabkan itu, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anuthin Charnvirakul, mengeluarkan satu ‘mesej’ ringkas kepada syarikat penerbangan di Thailand.

Taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19, Bangkok

“Bagi syarikat penerbangan, tolong kurangkan promosi… meskipun tambang tiket dan pakej pelancongan murah tetapi rawatan (COVID-19) adalah mahal.

“Ia mungkin menjadi percutian terakhir anda. Semua rakyat Thailand perlu berganding bahu mengekang penularan wabak ini.

“Tangguh perjalanan sama ada percutian mahupun urusan perniagan ke negara-negara yang ‘dijangkiti’,” jelasnya pada taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, 

Thailand Health Minister
Kawalan ketat sekitar rumah yang dijangkiti di Bangkok. Foto - Bangkok Post

Syarikat penerbangan di Thailand disaran mengurangkan jualan dan promosi murah terutamanya ke negara-negara yang ‘diserang’ COVID-19.

Ia langkah terbaik bagi mengekang penularan virus berkenaan. Kerajaan Thailand turut menggesa agar rakyatnya melancong di dalam negara untuk membantu mengembangkan ekonomi domestik.

Pesanan ringkas daripada pihak kerajaan sudah cukup untuk menjelaskan situasi dan keadaan semasa wabak yang semakin membimbangkan.

Berbalik kepada isu di Malaysia, kesan virus masih belum pulih sepenuhnya namun terdapat promosi dan ‘pas istimewa’ sempena COVID-19.

Sumber - Worldometers/Coronavirus
Lapangan terbang yang sibuk bertukar jadi sunyi

Tempoh perjalanan diberikan selama setahun dengan tawaran terbang seberapa banyak yang anda inginkan.

Benar, ia satu pelan pemasaran yang cukup baik dengan nilai jualan yang berpatutan, namun tiga destinasi yang ditawarkan itu mempunyai rekod ‘kurang baik’ – China, Korea dan India.

Dua daripadanya sedang dihimpit isu kesihatan global iaitu COVID-19 manakala India sedang menghadapi krisis politik dan rusuhan kaum. 25 kematian dicatatkan setakat ini. 

Alangkah baiknya jika pas istimewa mahupun promosi tersebut dialihkan kepada pasaran tempatan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Secara tidak langsung, ia bakal memberikan rangsangan pertumbuhan ekonomi tempatan khususnya dalam sektor pelancongan yang terjejas teruk.

Bukan semua orang mampu melancong ke Sabah dan Sarawak walaupun ia terletak dalam Malaysia.

Terdapat juga suara-suara nakal netizen yang mempertikaikan caj tambang ke kawasan Timur Malaysia agak mahal dan sebagainya.

Ada juga yang membandingkan bahawa lebih baik mengunjungi negara jiran Asean kerana dikatakan tiket lebih murah.

Mabul Island/foto - Kim Chong Keat

Just my two cent

Penulis tidak mempunyai sebarang ‘personal problem’ dengan tawaran syarikat penerbangan tersebut.

Biasalah, tawaran itu ibarat merebut peluang ‘keemasan’ disebalik kecemasan yang berlaku.

Terpulang kepada anda semua untuk memikirkan langkah terbaik yang perlu dibuat.

Meskipun harga tiket dan pakej percutian murah tetapi rawatan susulan wabak COVID-19 adalah mahal.

Peribahasa melayu ada menyebut, ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri‘.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!