Isu: Tipu Pakej Umrah, Hasrat 50 Bakal Jemaah Lebur. Ini 5 Helah Sering Digunakan 'Ejen Pelancongan' - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Isu: Tipu Pakej Umrah, Hasrat 50 Bakal Jemaah Lebur. Ini 5 Helah Sering Digunakan ‘Ejen Pelancongan’

Share
  • Kebanyakan mangsa percaya & tidak fikir panjang untuk mengambil pakej pelancongan yang ditawarkan atas dasar kenalan pernah menggunakannya, murah & sebagainya.
  • Agensi pelancongan berdaftar WAJIB mempunyai nombor lesen, pelekat & sijil lesen yang sah dikeluarkan oleh kementerian MOTAC.
  • Pastikan agensi pelancongan yang dipilih itu mempunyai lesen inbound, outbound & ticketing.

Secara umumnya, tidak salah untuk memilih mana-mana kaedah apabila merancang untuk bercuti atau menunaikan umrah, sama ada secara kembara beg galas (backpack), bawa bagasi besar ataupun melantik agensi pelancongan untuk menguruskan segala perihal melancong.

Paling utama, korang mengembara mahupun melancong perlulah mengikut keselesaan sendiri, jangan terikut gaya orang atau ‘termakan’ janji yang tak pasti gara-gara nak murah dan terlalu bajet. Kesudahannya, nasi menjadi bubur nanti.

Tanah Suci Makkah

Terbaru, perit jerih 50 bakal jemaah menyimpan duit demi menunaikan ibadah umrah lebur apabila mendakwa diperdayakan sebuah agensi pelancongan yang berpangkalan di Kota Tinggi, Johor.

Menurut seorang mangsa, dirinya termasuk tujuh yang lain dijadualkan bertolak ke Mekah pada Ahad lalu (1 Disember) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pulang ke Malaysia pada 12 Disember ini.

Antara alasan dan tipu helah yang diberikan oleh agensi tersebut menerusi aplikasi WhatsApp hanya menyatakan pelbagai alasan tidak munasabah antaranya terdapat masalah di saat-saat akhir, masalah dokumentasi, tiket penerbangan yang belum ditempah meskipun tarikh berangkat ke Tanah Suci tinggal beberapa hari lagi.

Antara kes-kes penipuan Umrah

Ada juga mangsa yang sudah membayar amaun penuh seperti yang diminta oleh agensi pelancongan tersebut sebanyak RM12,844 untuk dua orang.

Difahamkan beberapa bakal jemaah dari Johor dan Kuantan telah membuat laporan berhubung ‘penipuan’ terhadap agensi pelancongan tersebut yang dikatakan telah beroperasi sejak tahun 2013.

Pendek kata, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Dek kerana agensi pelancongan ‘kaki scam’ maka terpalit nama buruk travel agent lain yang membuat kerja mengikut SOP dan bertanggungjawab.

Rakyat Malaysia antara yang tertinggi mengerjakan umrah dengan mencatat jumlah 176,661 jemaah (Januari), lapor Kementerian Haji Arab Saudi

Kepada bakal jemaah atau sesiapa sahaja yang merancang menunaikan umrah, haji mahupun melancong ke luar negara, perkara asas yang korang patut lakukan adalah buat research, membaca, tanya feedback kenalan, bandingkan promosi pakej yang ditawarkan dan baru lah fikir yang mana bersesuaian.


Penulis kongsikan ‘helah’ yang sering digunapakai agensi pelancongan yang mengambil kesempatan serta mengamalkan ‘scam’.

  • Menggunakan rekod berdaftar atau berlesen dibawah MOTAC tetapi pada masa yang sama mempunyai nama syarikat lain.
  • Menggunakan syarikat yang tidak berdaftar bagi mempromosikan harga & pakej yang murah namun dakwa syarikat diiktiraf.
  • Melabur pada peringkat awal dengan trip permulaan yang ‘jujur’bagi membina kepercayaan, kemudian membuat promosi sehabis baik untuk mengaburi & menarik perhatian orang awam.
  • Menggunakan helah penyampaian berkesan menerusi pengelaman peserta ‘testimonial’ berdasarkan trip-trip sebelum ini.
  • Paling penting & kalau korang rajin, semak status agensi pelancongan di sini atau telefon pejabat MOTAC (03-8000 8000).
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!