Itinerari 2 Hari 1 Malam 'Nature Retreat' di Air Terjun Lata Hammer, Bentong - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Adventure Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari 2 Hari 1 Malam ‘Nature Retreat’ di Air Terjun Lata Hammer, Bentong

Share
Air Terjun Lata Hammer
  • Bayar parking dekat pemilik kebuh Ayah Campsite (starting point).
  • Kedalaman air terjun kira-kira 2-3 meter.
  • Air Terjun Lata Hammer tidak sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda.

Setiap kali tiba hujung atau cuti umum, kawasan rekreasi air sentiasa padat dengan kehadiran pengunjung yang dahagakan nature retreat.

Jadi, sempena kedatangan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63, BackPackerz nak kongsikan satu lokasi menarik untuk berkelah dan lakukan aktiviti perkhemahan.

Air Terjun Lata Hammer terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, sempadan jalan lama Janda Baik-Bentong.

Air Terjun Lata Hammer
Air Terjun Lata Hammer/FOTO - Fitry Yusoff

Jika memandu dari Kuala Lumpur, guna jalan raya Karak dan susur keluar ke Bukit Tinggi. Sebelum berendam dalam air, singgah untuk sarapan pagi sekitar kawasan tanah tinggi ini.

Kawasan rekreasi ini adalah salah satu yang paling indah boleh anda lawati berhampiran Kuala Lumpur.

Terdapat beberapa campsite yang sesuai sekitar gigi air. Lokasinya tidak diketahui umum dan masih ‘dara’.

Jadi, tugas anda sebagai pelawat, sentiasa berhati-hati dan jangan rosakkan alam semulajadi yang tidak terusik ini.

Air Terjun Lata Hammer, Bentong
Air Terjun Lata Hammer, Bentong
Take only pictures, enjoy every moment & leave only footprints!

Untuk sampai ke lokasi air terjun seperti di dalam gambar, anda perlu trekking dalam 45 minit dari kawasan tempat letak kereta.

Ada juga peminat aktiviti camping yang bertanya, nak sampai ke gigi air terjun boleh akses dengan kenderaan 4×4 dan berapa lama perjalanan.

Memetik maklum balas yang dikongsikan, akses menggunakan 4×4 ke kawasan air terjun bergantung pada keadaan jalan.

Tahap kesukaran perjalanan adalah hard core dan lebih mencuit hati, ada suara nakal yang mengatakan kalau 4×4 standard, jangan mimpi nak redah. Silap-silap nanti kena standby tow truck.

Kedalaman air sungai kira-kira 2-3 meter
"Camping where friends and foods roasted together"

Kes Lemas & Pokok Tumbang

Tidak lupa juga peringatan serta keprihatinan yang dikongsikan oleh komuniti camping. Orang tua cakap jangan seronok sangat, berpada-padalah.

Terdapat kes lemas ketika mandi di Lata Hammer yang melibatkan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Paling dibimbangi adalah berlakunya kepala air dan keadaan permukaan jalan rosak serta tidak boleh dilalui kenderaan. 

Kesukaran ini menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk ke lokasi air terjun.

Jadi, bagi anda yang ingin mengunjungi Air Terjun Lata Hammer ini perlulah sentiasa beringat dan lakukan persiapan apa yang patut.

Foto dirakam menggunakan Fujifilm XT-1 35mm
Jom Cuti-Cuti Malaysia guys!

Paling penting, jagalah alam sekitar. Bawa balik semua sisa buangan termasuk makanan, bekas minuman dan sebagainya.

Terima kasih kepada saudara Fitry Yusoff atas perkongsian aktiviti perkhemahan di Air Terjun Lata Hammer.

Setiap gambar-gambar yang diambil menggunakan Fujifilm XT-1 35mm.


Info Ringkas

  • Pendakian yang mendatar, sedikit curam & mudah untuk beginner.
  • Jarak masa 45 minit dari tempat letak kereta ke air terjun.
  • Perlu menyeberangi anak sungai.
  • Laluan denai digunakan untuk mendaki, perkhemahan & perjalanan alam semula jadi yang menyegarkan.
  • Take only pictures, enjoy every moment & leave only footprints!
  • Boleh follow beliau di Instagram Fitry Yusoff untuk kemaskini aktiviti perkhemahan.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!