Itinerari 3 Hari 2 Malam di Salang, Pulau Tioman - Trip 'Gegirls' Only Dengan Bajet RM450 Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Salang, Pulau Tioman – Trip ‘Gegirls’ Only Dengan Bajet RM450

Share
  • Pulau Tioman adalah pulau bebas cukai terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  • Salang menjadi pilihan utama pelancong ke Pulau Tioman selain Tekek dan Juara. 
  • Terdapat pelbagai tawaran penginapan bajet & backpackers sepanjang pantai.

Sejak kebelakangan ini, penulis menerima banyak perkongsian berkenaan trip dan itinerari percutian pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Maklumlah, pintu sempadan luar negara masih ditutup, jadi rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang Cuti-Cuti Malaysia setelah tiga bulan ‘dikurung’.

Sudah tentu, kesemua perjalanan serta pengembaraan melibatkan destinasi menarik domestik. Rata-rata pelancong ‘jiwa muda’ lebih gemar mengatur percutian secara Free Independent Traveler (FIT).

Pantai Salang, Pulau Tioman
Pantai Salang, Pulau Tioman

Ikuti perkongsian Maizatul Jamaludin ke Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam berserta itinerari menarik buat pengikut BackPackerz.

  • Trip Tioman Island
  • 7 Ogos 2020 – 9 Ogos 2020
  • Johor Bahru – Mersing – Pulau Tioman

Hari Pertama

Bertolak dari Johor Bahru ke Jeti Mersing seawal jam 6 pagi. Dua jam perjalanan menuju daerah Mersing.

Tiba di Jeti Mersing, anda boleh tinggalkan kereta di kawasan yang disediakan. Caj sehari RM15 sahaja. Kami bernasib baik kerana mempunyai kenalan di Mersing, jadi parking di rumahnya.

9.30 pagi, feri ke Salang kunjung tiba. Sepanjang pelayaran, sempat meninjau setiap pemandangan yang berlalu di depan mata.

Sekitar 12 tengah hari, tiba di Salang dan terus daftar masuk di chalet Salang Sayang untuk 3 hari 2 malam.

Dekat kawasan Pantai Salang ini mempunyai tiga jenis penginapan chalet iaitu Salang Sayang, Salang Indah dan Salang Pusaka.

Nak murah tapi tak berapa selesa ada atau nak mahal disertakan penghawa dingin pun ada. Pilihan chalet mengikut bajet masing-masing.

Menarik di Salang Sayang Chalet ini adalah keluar sahaja dari bilik dah nampak laut biru yang meruntun jiwa. Terus rasa tak sabar nak mandi laut dibuatnya.

Pulau Tioman
Keindahan laut biru mengasyikkan
Suasana malam di Pantai Salang
Pulau Tioman
Trip gegirls ke Salang, Pulau Tioman

View Chalet Terbiar

1 petang – Cari makan tengah hari kemudian pusing sekitar chalet untuk bergambar. Balik berehat seketika sebelum aktiviti seterusnya.

4.30 petang – Masa untuk teroka Chalet Nadia Inn yang ‘terbiar’. Bunyi macam menyeramkan kan. Jagalah mulut dan elakkan berada di sini sebelum senja tiba.

Kena mendaki sikit, cari batu-batu tepi laut untuk panjat ke atas. Pemandangan memang superb!

6 petang – Turun dari atas dan lepak santai menikmati sunset di pantai. Kemudian balik bilik mandi dan bersiap untuk makan malam pada 8.30 malam.

Kami bawa menu BBQ sendiri dan kongsi-kongsi antara tiga orang. Memang makan sampai puas.

Pulau Tioman
View dari chalet terbiar
Lokasi wajib bergambar di Salang
Sunset di Pantai Salang

Hari Kedua

Bangun awal pagi untuk menikmati suasana pantai dan pulau yang menenangkan jiwa. Kami cari sarapan sendiri sekitar kawasan pantai.

Kebiasaanya caj makanan di pulau dua kali ganda. Jadi siapa yang nak senang, ambik sahaja breakfast sekali penginapan. Kalau rasa nak free and easy, cari warung dan gerai.

Aktiviti utama pada hari kedua adalah snorkeling. Kami ambik pakej pusing pulau dan 4 checkpoint snorkeling dengan brader Jimmy. Dia memang selalu berlegar-legar tepi pantai.

Snorkeling time
Bertiga lebih baik
Cuaca memang panas tapi demi gambar yang cantik sanggup berjemur

Menurut brader Jimmy, kalau bernasib baik boleh jumpa shark dan dolphin. Kami dapat jumpa masa checkpoint terakhir snorkeling. Dah puas main air perut mesti lapar.

Selesai snorkeling, kami dibawa ke darat (pantai) untuk cari makan tengah hari. Menjelang petang, pakai lawa-lawa untuk bergambar dan lepak santai berkelah dekat pantai.

Makan malam hari kedua pun kami BBQ sambil berbual panjang. Momen bercuti dengan kenalan rapat adalah satu detik yang indah dan mampu menghilangkan tekanan.

Trip ke Pulau Tioman yang dikongsikan Maizatul Jamaludin
Antara lokasi bergambar yang menarik di Pantai Salang

Hari Ketiga

Bangun pagi dan kemas barang-barang mana patut sebelum nak check out. Sarapan pagi jangan skip ye sebelum nak balik. 

Kami sempat meluangkan masa bersiar-siar sekitar Salang Indah untuk bergambar sakan. Memang banyak spot menarik bergambar demi memenuhi ‘kehendak’ Instagram.

Jam menunjukkan 12.30 tengah hari, sudah tiba masa untuk check out dan back to reality.

Tunggu feri di Jeti Salang dan perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam ke Jeti Mersing. Tamat lah sudah trip percutian ‘gegirls’ ke Salang, Pulau Tioman.

Timing cantik, orang pun manis
Another day in paradise
Salang, Pulau Tioman

Tips Ringkas

  • Semua aktiviti & tempahan diaturkan sendiri tanpa khidmat ejen; booking chalet serta feri (return) lebih awal.
  • Buat tinjauan penginapan mana yang murah atau mahal mengikut bajet.
  • Percutian ke pulau memang ditemani cuaca panas terik, sediakan pakaian yang bersesuaian.
  • Pilih jeti yang dekat dengan perjalanan anda & jangan lupa bayar caj Marine Park RM5 sahaja.
  • Makan malam untuk dua hari adalah BBQ, tak perlu pening kepala nak fikir makan apa & kira bajet mengikut kapasiti.
  • Bagi yang memandu sendiri, tempat letak kereta disediakan cuma perlu bayar mengikut hari.
  • Teknik tangkap gambar cantik dengan menaikkan brightness bila capture.
  • Semua gambar yang dikongsikan diambil dengan Iphone 11 Pro Max & edit di lightroom.
Terima kasih Pulau Tioman atas kenangan terindah

Bajet Bajet

  • Tiket feri (Jeti Mersing) RM70 seorang (return) *online booking di Bluewater Ferry Service.
  • Penginapan Chalet Salang Sayang 3 hari 2 malam RM560 (kongsi 3 orang).
  • BBQ sendiri buat RM25 seorang
  • Pakej snorkeling RM70 (4 checkpoint) & pusing pulau RM100
  • Caj parking kereta dekat Jeti Mersing RM45 (3 hari) *kami parking dekat rumah kawan jadi percuma.
  • Bayaran masuk ke Marine Park RM5 seorang.
  • Belanja keseluruhan secara kasar RM450 untuk seorang.
  • Soal makan, aktiviti & jenis penginapan adalah mengikut citarasa serta bajet sendiri ye, jom Cuti-Cuti Malaysia guys! 

Jom baca episod kembara BackPackerz ke Sabah selama 5 hari 4 malam #BahMariLah – klik pautan ini 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!