Itinerari 4 Hari 3 Malam di Pulau Babi Besar - Kebiruan Air Laut & Persekitaran Hijau Mendamaikan Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari 4 Hari 3 Malam di Pulau Babi Besar – Kebiruan Air Laut & Persekitaran Hijau Mendamaikan

Share
  • Pulau Babi Besar terletak di daerah Mersing, Johor.
  • Kira-kira 35 minit perjalanan dengan bot dari Jeti Mersing.
  • Bulan April hingga September adalah waktu sesuai ke sini.

Gelak dulu puas-puas sebelum anda meneruskan pembacaan artikel ini.

Penulis sendiri kali pertama mendengar nama pulau yang sedemikian dan tahu tentang kewujudan Pulau Babi Besar ini.

Jika diimbas semula, ianya tidak pelik kerana kebanyakan daripada pulau di Malaysia mempunyai mitos dan sejarahnya tersendiri.

Keunikan itu menjadi nilai tambah serta memberikan pengalaman percutian yang lebih mengujakan.

Sekarang dikenali sebagai Pulau Besar, Mersing

Pulau Babi Besar dikelilingi oleh beberapa buat gugusan pulau lain termasuk Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Tinggi dan Pulau Mensirip.

Menariknya, perairan pulau ini telah digazetkan sebagai Taman Laut oleh Kerajaan Johor dalam usaha menjaga hidupan akuatik dan marin.

Seorang pengikut BackPackerz yang glamour dengan nama CIk Kiah sempat bercuti ke Pulau Babi Besar selama 4 hari 3 malam menginap Mirage Resort Pulau Besar.

Cik Kiah & Joe Haraza di Pulau Besar
Cukup privasi & tidak sesak

Memandangkan sebelum ini dah banyak kali ke Pulau Redang dan Perhentian, aku ambik peluang pergi pulau belah Johor pula.

Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar menawarkan percutian lebih privasi dan suasana tidak sesak.

Jangan risau, seekor babi pun tak kelihatan, hanya ada keindahan dan kejernihan air laut biru. Memang lawa!

Jika memandu dari KL ke Mersing makan masa lima jam. Sampai di Jeti Mersing, bot akan bawa kami ke pulau dalam pukul 12.30 tengahari.

Mirage Resort Pulau Besar

Perjalanan bot mengambil masa kira-kira 30 minit . Dekat la juga dengan daratan sekiranya ombak tidak kuat dan cuaca baik.

Resort yang kami menginap adalah Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ini agak privasi dan tak crowded sebab hanya ada empat resort sahaja.

OOTD wajib!
Kisah lagenda Pulau Babi Besar
Kisah lagenda Pulau Babi Besar

Kami pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review defat internet.

And of course, harga dia lebih murah berbanding resort lain. *Tips – jangan malas buat carian, jangan percaya bulat-bulat & baca ulasan.

Menariknya Mirage Resort ini mengetengahkan konsep Kampung Style dengan citarasa mood pulau. 

Suasana Kampung Pulau

Memang rasa vibes dekat kampung.. Kami boleh berkejaran dengan ayam, itik dan angsa. Rasa macam balik kampung sendiri. Persekitaran pun santai dan tidak sesak dengan pelancong.

Untuk pakej kami ambik merangkumi penginapan empat hari tiga malam, bilik jenis cottage A Frame dengan harga RM 620 (per pax). Macam kami pergi pulau memang wajib empat hari.

Jenis bilik

Pakej termasuk

  • Penginapan (air-cond)
  • Bot pergi balik (Mersing-Resort-Mersing)
  • 2 Breakfast + 1 Lunch + 2 Dinner (3D2N)
  • 3 Breakfast + 2 Lunch + 3 Dinner (4D3N)
  • Welcome Drink

Aktiviti lain

  • Naik basikal
  • Pusing pulau
  • Berkayak
  • Snorkeling
  • Memancing
  • Jungle trekking
  • Bergambar sakan
Terima kasih CIk Kiah & suami tercinta, Joe Haraza

Selamat Cuti-Cuti Malaysia dalam norma baharu dan patuhi SOP yang ditetapkan tau! Sebelum terlambat, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-63! Malaysia Prihatin.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!