Itinerari: 4 Hari 3 Malam di Semporna, Penginapan Resort Atas Air & 'Day Trip' 4 Pulau Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari: 4 Hari 3 Malam di Semporna, Penginapan Resort Atas Air & ‘Day Trip’ 4 Pulau

Share
  • Semporna, yang bermaksud “sempurna” dalam dialek Melayu, adalah sebuah bandar kecil yang terletak di bahagian paling Timur, Sabah.
  • Terdapat beberapa pulau sekitar Semporna yang selamat untuk dikunjungi pelancong – Pulau Bohey Dulang, Pulau Tatagan, Pulau Mantaban, Pulau Sibuan, Pulau Mabul & banyak lagi.
  • Itinerari percutian 4 hari 3 malam ke Tawau & Semporna, Sabah ini dikongsikan oleh Nor Ashikin Ismail.

Ramai tidak menyangka, destinasi Semporna cukup sempurna pada mata sang pengembara yang gemarkan percutian pulau dan pantai.

Penulis sendiri belum sempat menjejakkan kaki ke salah satu pulau terkemuka di Negeri Di Bawah Bayu ini. Hanya kedengaran pujian serta kepuasan yang dikongsikan kenalan setelah berlibur ke Semporna.

Kebiasaannya, pelancong luar akan mengunjungi pulau-pulau sekitar Semporna untuk aktiviti selam skuba. Jika anda bukan seorang diver sekalipun, keindahan semula jadinya sentiasa terbuka untuk dinikmati tanpa sempadan.

Parapat Water Village Resort

Terima kasih buat Nor Ashikin Ismail yang sudi berkongsi itinerari serta bajet secara eksklusif buat pengikut BackPackerz. *Orangnya pun manis je

  • Itinerari Sabah
  • 15 hingga 18 Julai 2020
  • Kuala Lumpur – Tawau – Sabah

Hari Pertama / 15 Julai

Penerbangan dari Kuala Lumpur International Aiport (KLIA2) ke Tawau. Sampai di Tawau, saya menggunakan sewaan van (pergi-balik) ke Tawau dan Pekan Semporna.

Check in di Luna Capsule untuk satu malam. Untuk aktiviti malam bila sampai ke Semporna, wajib singgah ke Semprona Corner Light View (SCLV) atau lebih sinonim digelar night market.

Happy window shopping! Cuma kena beringat, baru hari pertama tau.

AirAsia Kuala Lumpur - Tawau
Kuala Lumpur - Tawau
Luna Capsule, Pekan Semporna
Luna Capsule, Pekan Semporna
Semporna Corner Light View/Facebook

Hari Kedua / 16 Julai

Berkumpul ke Jeti Semporna untuk menuju ke Pulau Bum Bum. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Pastikan anda menggayakan outfit yang kasual dan lebih santai kerana percutian pulau sedang menanti.

Check in di Lato Lato Resort, antara penginapan atas air (water house) yang popular di sini. Kemudian, saya dibawa ke beberapa pulau untuk aktiviti snorkeling antaranya Pulau Timba Timba, Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom.

Usai aktiviti snorkeling, kalau tak puas lagi main air, anda boleh berkayak sekitar kawasan Lato Lato Resort.

Lato Lato Resort
Lato Lato Resort
Lato Lato Resort
Lato Lato Resort

“Rancang sendiri, bajet sendiri, melancong sendiri, barulah kesilapan yang berlaku dipanggil kenangan” – Nur Ashikin Ismail


Mataking Island
Mataking Island
Timba Timba Island
Timba Timba Island
Mataking Island
Mataking Island

Hari Ketiga / 17 Julai

Check out di Pulau Bum Bum dan menghala semula ke Jeti Semporna. Tidak sah kalau percutian pulau tak perkena makanan laut. Jadi saya dibawa makan tengahari di Anjung D’Samudera Seafood.

Saya berkesempatan mengunjungi Semporna Ocean Tourism Center untuk mendapatkan maklumat berkaitan pulau-pulau di sini.

Dari Semporna saya menuju ke Pekan Tawau dengan van. Lebih mudah gunakan perkhidmatan sewaan kenderaan di Sabah untuk memudahkan pergerakkan serta mengurangkan rasa letih memandu.

Sebelum tiba di hotel, saya dibawa ke Tanjung Parapat. Kawasan ini merupakan sebuah perkampungan muslim kecil yang menetap di atas laut yang cetek. Majoriti semuanya adalah orang Bajau.

Check in untuk malam terakhir di City Garden Hotel. Masih mood pulau, jadi saya memilih untuk makan malam di Sri Titingan Seafood.

Parapat Water Village Resort
Mataking Island
Mataking Island

Hari Keempat / 18 Julai

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, saya sempat berkunjung ke Tawau Tanjung Market – salah satu pasar yang popular di sini.

Siapa yang nak cari buah tangan, dekat sini anda mempunyai pilihan pelbagai produk serta cenderamata.

Lato Lato Resort
Lato Lato Resort
Lato Lato Resort

BAJET ‘HANGUS’

  • Flight return KUL-TAWAU – RM358 (boleh dapat murah lagi jika ‘right timing’)
  • Pengangkutan sepanjang dari Tawau ke Semporna – Perkhidmatan Sewaan Van Berpemandu Tawau/Semporna – RM40 *return per person (Tawau-Semporna)
  • Penginapan – Luna Capsule, Semporna, RM39 per person (RM78, Deluxe Queen)
  • Penginapan – Lato Lato Resort, Semporna (water house, tea time, dinner, breakfast) RM183 per person (RM366, Standard Room)
  • Penginapan – City Garden Hotel, Tawau, RM53 per person (RM106, Standard Twin Room)
  • Aktiviti – Trip snorkeling termasuk lunch box (RM100)
  • Makan/Minum – RM60
  • Jumlah keseluruhan – RM1108, tidak termasuk shopping dan souvenir.
  • *Bab bajet dan cara anda berbelanja adalah subjektif.

Lets Cuti-Cuti Malaysia in Semporna, Sabah! #BahMariLah

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!