Itinerari: 4 Hari 3 Malam ke Pulau Redang, Bajet RM 600 - Penginapan, Aktiviti & Makan - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari: 4 Hari 3 Malam ke Pulau Redang, Bajet RM 600 – Penginapan, Aktiviti & Makan

Share

Agak-agak anda berapa bajet untuk pergi melancong? Tapi percayakan penulis, dengan hanya membelanjakan RM600, kita boleh bercuti dalam negara lengkap dengan tempat penginapan, makan minum dan aktiviti.

Kalau pandai bajet atau ada duit lebih, siap boleh bawa balik cenderahati lagi untuk kenalan mahupun orang tersayang.

Long Beach Redang Islang

Kemanakah destinasi yang ingin BackPackerz kongsikan kali ini adalah Terengganu. Terima kasih Amirah Tunku atas perkongsian itinerari serta bajet percutian indah dan damai ke Pulau Redang.

“Tempah Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita”


Pulau Redang, Terengganu
Pulau Redang, Terengganu

Hari Pertama – Terengganu

  • 5.30 pagi bertolak ke Terengganu
  • 1.00 petang sampai Terengganu

Check-in Sutra Beach Resort untuk satu malam (RM120) termasuk sarapan pagi untuk dua orang.

Aktiviti untuk hari pertama adalah jalan-jalan cari makan. Selain Penang dan Kelantan, Negeri Darul Iman ini terkenal dengan gastronomi tempatan yang menyelerakan.

Anda boleh sarapan pagi nasi dagang, laksa Terengganu sambil jamah satar ikan. Jangan lupa singgah makan kedai Warong Pak Nong Celup Tepung.

Dah sampai bandar, singgah bergambar OOTD dekat Kuala Terengganu Drawbridge dan Pantai Batu Buruk.

Hari Kedua – Pulau Redang

Hey ho lets go! Percutian pulau dan pantai menjadi tumpuan pengunjung tempatan selepas kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

  • 8.30 pagi – Jeti Merang

Pengunjung boleh naik bot dari Jeti Merang di Setiu. Merang tidak harus dikelirukan dengan Marang ye, kedua-duanya lokasi yang berbeza.

  • 10.00 – Jeti Merang – Pulau Redang (speedboat)

Check-in Redang Pelangi Resort untuk tiga hari dua malam. Hari pertama sampai, terus layan trip snorkeling. Kemudian anda boleh lakukan aktiviti bebas sebelum senja tiba. Makan malam turut disediakan.

Snorkeling time! Pulau Redang
Snorkeling time!

Hari Ketiga – Aktiviti Snorkeling

Sarapan pagi di resort. Trip snorkeling hari ketiga ini lebih lama. Siapkan diri untuk berjemur dan berendam sepanjang hari. Berpeluang melihat pasangan penyu secara dekat, memang ‘tourist friendly‘.

Inilah masanya untuk anda merasai pengalaman percutian pulau selepas tarikan alam semulajadi ‘direhatkan’ daripada pelancong akibat COVID-19.

Lepas mandi perut pun terasa lapar. Rehat untuk makan tengahari yang disediakan.

Selepas itu, sambung menyelam sambil memakai life jacket, menikmati keindahan hidupan marin, berenang dengan ikan dan penyu yang jinak.

Malam sebelum keesokan hari check-out, makan BBQ disediakan.

Hari Keempat Ronda Kuala Terengganu

Isi perut dengan sarapan pagi di atas pulau; cukup mendamaikan dan menenangkan jiwa. Check-out, terima kasih Redang Pelangi Resort atas pengalaman percutian dan penginapan di sini.

Cari keropok lekor sekitar kawasan Jeti Merang. Sebelum memandu jauh, mesti makan kenyang-kenyang, jadi singgah ke Fauzi Nasi Kerabu.

Kalau balik bercuti, mesti ada buah tangan. Singgah ke Pasar Payang untuk window shopping sebelum meneruskan perjalanan pulang dari Cuti-Cuti Malaysia.

Sunset di Pulau Redang
Sunset di Pulau Redang

‘Bajet Hangus’

  • Hotel Sutra Beach – Satu malam RM 120 (kongsi bayar)
  • Redang Pelangi Resort – Pakej 3 Hari 2 Malam (RM 365 seorang)
  • Termasuk lunch, afternoon tea, dinner, BBQ, trip snorkeling.
  • Minyak – RM50 (kongsi bayar)
  • Parking Jeti – Satu malam RM 10 (kongsi bayar)
  • Makanan & Ole-ole – RM 200++ (kongsi bayar)

    Jumlah keseluruhan = RM 600++

Pendek kata, jangan jadikan bajet sebagai alasan, keluarlah melancong dalam masa terdekat ini dan teruskan sokongkan kempen Cuti-Cuti Malaysia!


Nak variasi info terkini percutian? Klik & follow twitter BackPacker

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!