Itinerari 5 Hari 4 Malam 'Buru' Lokasi Bergambar di Sabah Dengan Bajet RM600, Memang Insta-Worthy Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari 5 Hari 4 Malam ‘Buru’ Lokasi Bergambar di Sabah Dengan Bajet RM600, Memang Insta-Worthy

Share
  • Konsep percutian yang diimpikan adalah mencari port atau lokasi bergambar sekitar Kota Kinabalu, Kundasang & Kota Belud.
  • Kos sepanjang trip dapat dijimatkan sebab penulis tidak gemar makanan laut walaupun ketam ‘dok’ memanggil.
  • Kota Belud menyimpan beberapa lokasi ‘hidden gems’ yang ramai pelancong luar tidak tahu.

Sesetengah pelancong bercuti dengan rancangan serta itinerari yang cukup jelas – buru makanan lokal, destinasi Instagram worthy, dekati budaya dan sebagainya.

Keindahan Negeri Dibawah Bayu bukan hanya tertumpu pada puncak gunung tertinggi, malah keunikan Sabah turut meliputi alam semula jadinya.

Pemandangan indah di Kundasang, hirupan udara segar di Pulau Mamutik dan keenakan nasi linopot mampu menarik pelancong yang mahukan kelainan.

Kinabalu
Kinabalu Flag view dari Kg Sangkir

Dalam perkongsian itinerari lima hari empat malam ke Sabah ini bakal membawa anda meneroka lokasi istimewa demi memenuhi memori kamera.

Percutian ini merupakan coretan daripada pengembaraan saudara Aniq Nabil yang sempat Cuti-Cuti Malaysia di Sabah dengan penerbangan AirAsia.

Konsep pengembaraan yang aku cari tertumpu pada lokasi bergambar serta destinasi fotografi semata-mata, jadi ini antara tempat yang aku sempat pergi sepanjang trip.

  • Kuala Lumpur – Kota Kinabalu – Kundasang – Kota Belud
  • Tanjung Aru Beach
  • Gaya Street Sunday Market
  • Desa Cattle Dairy Farm
  • Kampung Sangkir, Kota Belud
  • Kampung Jalan Pintasan
  • Kokol Hill
  • Jesselton Point – Pulau Mamutik
  • Kampung Tanjung Aru Lama
Kampung Mesilau, Kundasang
Kampung Mesilau, Kundasang

Hari 1 (Kuala Lumpur – Kota Kinabalu International Airport)

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Aku terus cari grab ke Gaya Street Sunday Market. Perjalanan aku dapat murah sebab guna promo code.

Bersiar-siar sekitar pasar kemudian terus check in untuk tiga malam dekat hostel sekitar bandar Kota Kinabalu.

Belah petang menuju ke Tanjung Aru Beach untuk tunggu matahari terbenam. Paling aku suka dekat sini adalah durian juice RM10. Rugi kalau korang tak cuba.

Sunset di Tanjung Aru Beach
Pantai Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru

Hari 2 (Kota Kinabalu – Kundasang)

Untuk perjalanan ke kaki bukit Kinabalu ini, aku sewa kereta Axia untuk dua hari (RM100/sehari).

Minyak dia quite save, jadi aku topup petrol dalam RM40 untuk dua hari kongsi dua orang.

Anggaran perjalanan mengambil masa satu jam 45 minit jika korang memandu sendiri. Nasihat aku gerak awal sekitar 7 pagi.

Lagi awal lagi bagus sebab sepanjang perjalanan embun dan kabus tebal pasti menemani. Ikut pemerhatian aku, view gunung boleh nampak seawal 6 hingga 9.30 pagi.

Selepas itu yang kelihatan hanya awan dan kabus menyelimuti sebahagian gunung. Sampai Kundasang terus ke Dairy Cattle Dairy Farm.

Alang-alang dah datang ke sini, aiskrim viral dia wajib rasa. Aku sampai beli dua kali sebab sedap sangat. Kalau korang tak suka coklat, ada perisa yogurt.

Desa Cattle Dairy Farm
Aiskrim perisa coklat

Hari Ketiga (Kundasang – Kota Belud)

Bila menginap di Kundasang, pemandangan bangun pagi korang adalah panorama gunung di depan mata. Dalam pukul 6 pagi cuaca dah terang.

Hotel aku bermalam dekat Kundasang ni Sulap Dahai. Jadi sebelum aku nak teroka Kota Belud, aku mesti isi perut dulu.

Aku sempat cuba nasi linopot atau bahasa mudah nasi yang dibungkus dengan daun pokok wangian. Kalau tak silap, ia merupakan juadah pilihan kaum Dusun.

Kampung Mesilau

Perut dah kenyang, aku sambung explore lorong sekitar Kampung Mesilau. Aku sempat borak dengan makcik dekat gerai, dia bagitahu ada sudut lorong mengadap gunung.

Perjalanan diteruskan ke Kota Belud ikut Jalan Kota Belud-Ranau. Korang akan nampak simpang nak ke Polumpang Melangkap View Campsite, lokasi menarik untuk berkelah atau camping.

Apa yang menarik dekat Kota Belud? Sebenarnya banyak lokasi tersembunyi tapi aku sempat pergi dua sahaja. Lain tempat lain sudut lain pemandangan Gunung Kinabalu yang korang dapat saksikan.

*Kampung Sangkir Village

Kawasan ini lebih kepada panorama sawah padi, korang boleh dapat gambar gunung belah kiri dan padi belah kanan. Jarak dari Kundasang lebih kurang 70km.

*Kampung Jalan Pintasan/Pintasan Beach Kota Belud – 13km dari Kampung Sangkir.

Lokasi seterusnya berhampiran dengan Pantai Pintasan. Masa aku pergi tak ramai orang, kawasan semak samun sikit dan belukar terbiar.

Ambik gambar kahwin cantik sebab vibes ala-ala kampung Africa. 

Kokol Elf

Puas bergambar, aku teruskan perjalanan ke Kokol Elf jarak pemanduan sekitar 1 jam 40 minit. Bayaran masuk sini agak mahal dalam julat RM40.

Tapi jangan risau, korang diberikan air minuman, aiskrim dan boleh keluar masuk tempat ini. Aku cadangkan korang datang waktu sunset

"Go where you feel most alive"
Kena cuba nasi linopot
Kinabalu
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Mesilau/Foto - Aniq Nabil
Kokol Elf
Kampung Jalan Pintasan
Kampung Jalan Pintasan

Hari Keempat (Jesselton Point – Pulau Mamutik)

Seawal jam 6 pagi aku dah bergerak ke Jesselton Point untuk beli tiket ke pulau. Tapi agak menyedihkan sebab cuaca masa aku sampai sini hujan. Lebih kurang 10 pagi baru bergerak ke pulau.

Bayaran masuk ke pulau-pulau Taman Negara Tungku Abdul Rahman RM35, tidak termasuk aktiviti pulau dan kelengkapan snorkeling.

Pengunjung yang ingin mengelakkan orang ramai akan menyukai Pulau Mamutik kerana tidak sesak seperti Sapi dan Manukan.

Makanan Pulau Costing

Terdapat beberapa pulau yang boleh korang pergi antaranya Manukan, Gaya, Sapi dan Mantanani.

Tapi aku tetap tak puas sebab cuaca lepas hujan membuatkan air laut tak jernih dan tumbu karang tidak kelihatan.

Aku sarankan korang bawa makanan sendiri sebab makanan dalam pulau agak mahal. Soal makan adalah bergantung kepada bajet dan selera korang. Nasi goreng daging RM12, kalau buffer RM40 dan sewa locker RM10.

Kalau korang nak cuba aktiviti riadah air dekat pulau di sini, cuba tanya dekat operator jeti, kot-kot boleh dapat special price. Jenis aku memang tak ambik pakej, baru gaya free independent traveler.

Pulau Mamutik
Aktiviti bola pantai

Hari Kelima (Kota Kinabalu – Kuala Lumpur)

Pejam celik pejam celik dah hari terakhir di Kota Kinabalu. Aku sempat singgah ke pasar Filipino untuk beli cenderamata dan kuih/kerepek untuk bawa balik Kuala Lumpur.

Pada aku, setiap konsep percutian adalah subjektif. Ada yang mahukan percutian eksklusif, tidak lupa juga bajet dan aku lebih gemar rakam momen percutian.

Korang boleh tengok artwork fotografi aku dekat Instagram Aniq. Kalau nak hire aku jadi jurugambar peribadi masa travel pun boleh. You name it, I serve it.

Aku dapat jimat kos sebab bab makan aku tak memilih. ‘Tank’ perut aku pun kecil dan makanan laut aku kurang sikit.

https://www.instagram.com/p/Bv9A6rZFSua/

Buaian gantung di Kokol Elf
Kundasang
Sabah, aku pasti datang lagi

Bajet Hangus

  • Flight ticket – RM200 return (promo)
  • Penginapan 5 hari 4 malam – RM114
  • *3 malam dekat Kota Kinabalu – RM23/sehari = RM69 (hostel)
  • *1 malam dekat Kundasang – RM45
  • Makan – RM80
  • Kereta sewa – RM200 kongsi dua orang untuk dua hari
  • Minyak – RM20/sehari
  • Bayaran masuk Desa Cattle Dairy Farm – RM5/seorang (dewasa)
  • Tiket masuk Kokol Elf – RM40/seorang
  • Caj masuk pulau Taman Negara – RM35 (tidak termasuk aktiviti pulau & barang snorkeling
  • Bajet keseluruhan untuk 5 hari 4 Malam – RM600 termasuk tiket penerbangan
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!