Itinerari: 5 Hari 4 Malam Gadis Ini Travel Solo ke Pulau Sumba, Destinasi Tersembunyi di Indonesia - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Itinerari: 5 Hari 4 Malam Gadis Ini Travel Solo ke Pulau Sumba, Destinasi Tersembunyi di Indonesia

Share
  • Terdapat dua lapangan terbang ke/dari Sumba, Waingapu (Sumba Timur) & Tambolaka (Sumba Barat Daya).
  • Selain menggunakan supir & sewa kereta, anda boleh menyewa motorsikal antara 100 ribu – 300 ribu rupiah, bergantung pada jenis motorsikal.
  • Terdapat pilihan pengangkutan laut yang boleh anda naik untuk ke Sumba melalui pulau-pulau besar seperti Bali.

Pulau Sumba merupakan salah satu provinsi di bawah Nusa Tenggara Timur, Indonesia yang kurang popular. Diri ini cukup bertuah kerana berpeluang mengunjungi destinasi yang masih terpelihara dan tersembunyi di sebalik kebanjiran pengunjung.

Bagi yang kurang pasti di mana kedudukannya, Pulau Sumba terletak di bawah Kepulauan Flores. Akses sebagai seorang pengembara solo di kepulauan ini agak terhad & less tourist-friendly. Taraf hidup juga agak berbeza jika dibandingkan dengan provinsi lain di Indonesia yang pernah saya kunjungi.

Indah bergambar bersama anak kecil di Desa Praiyawang
Bukit Wairinding

Tanpa perancangan rapi dengan niat hanya ingin melihat dengan lebih dekat negeri filem Pendekar Tongkat Emas yang dibintangi oleh Nicholas Saputra, saya mengunjungi Sumba dengan harapan lain untuk menikmati kesegaran Air Terjun Wai Marang.

Memulakan perjalanan dari Bandar Udara Ende selepas mengunjungi Danau Kelimutu yang terkenal dengan keunikan danau tiga warna, saya menjejakkan kaki di Bandar Udara Tambolaka (Sumba Barat Daya) selepas hampir satu jam penerbangan Wings Air (RP. 750,000).

Saya turut berkenalan dengan seorang pekerja di Bandara yang turut menawarkan perkhidmatan supir serta sewa kereta (Vinzent Lay +62081236236663).

Welcome to Sumba, Bandar Udara Tambolaka

Penginapan dua malam di Hotel Sinar Tambolaka (Rp. 500,000). Sempat rehat sebentar layan angin kipas selepas check in dan makan tengahari di warung berhampiran hotel.

Itinerari hari pertama adalah berkunjung ke Danau Weekuri, Desa Adat Ratenggero dan Pantai Mbawana bagi mengejar matahari terbenam.

Pekerja hotel mencarikan ojek (supir yang menggunakan motorsikal) dengan bayaran RP. 150,000 dan perjalanan menuju destinasi pertama iaitu Danau Weekuri.

Jika dilihat menerusi Google Map, jaraknya adalah sekitar 30 km BUT don’t you ever underestimate the condition of the road, hence the journey actually took us almost 2 hours! Melalui kawasan yang agak sunyi dengan cubaan pemandu ojek yang ingin ‘menggatal’ membuatkan perjalanan terasa panjang buat saya.

Danau Weekuri terbentuk daripada percikan air masin menerusi air laut lalu membentuk satu danau berwarna turquoise. Danau ini memang menjadi tempat wajib bagi pengunjung sama ada untuk berlibur atau mandi-manda.

Mandi manda di Danau Weekuri
Danau Weekuri

Perjalanan diteruskan menuju ke Desa Adat Ratenggero (hampir dua jam). Kami juga terpaksa berteduh di kampung berhampiran kerana hujan turun dengan lebatnya.

Setibanya di Desa Adat Ratenggero, kelihatan anak-anak Sumba berkejaran seolah sedang bermain di taman permainan. 

Turut kelihatan anak Sumba yang menunggang kuda dan menawarkan diri sekiranya pengunjung ingin mengambil gambar bersama-sama kuda tersebut. Saya tertarik untuk mencuba baju adat Sumba dengan bayaran Rp. 50,000 sambil berangan untuk menjadi Gusti Putri Indah.

Jika di Malaysia, kita selalu nampak ayam dan kucing, di Sumba pula berbeza, mereka memelihara anjing, babi dan kuda. Be open guys!

Anak anak Sumba di Desa Praiyawang
Kanak-kanak Sumba di Desa Adat Ratenggero
Kuda antara haiwan peliharan masyarakat di Desa Adat Ratenggero
Kostum masyarakat Sumba
So cute this little girl

Memandangkan senja semakin tiba dan jarak Pantai Mbawana masih jauh, saya membatalkan hasrat untuk ke sana dan terus pulang ke Tambolaka.

Pertama, saya kurang selesa dengan pemandu ojek dan kedua, keadaan jalan pasti akan gelap serta kawasan yang sunyi menyebabkan saya lebih mementingkan keselamatan saya. Safety first!  Tapi sebenarnya rasanya sebab bontot pun kebas.

Tiba di hotel, saya menghubungi Vinzent bertanyakan sekiranya ada supir yang boleh membawa saya ke Waingapu esok tetapi tiada memandangkan ramai bercuti Krismas.

Vinz membantu saya dengan ‘menyelitkan’ saya dalam satu private trip bersama-sama sebuah keluarga dari Jakarta. So, no more ojek, here comes Kijang with air conditioner!

Hari kedua di Tambolaka, saya bersama-sama keluarga Che Che (gelaran kakak bagi keluarga cina dari Jakarta) mengunjungi Pantai Mbawana, Tanjung Mareha, Desa Adat Ratenggero, Danau Weekuri & Pantai Mandorak.

Bayaran? Saya hanya bantu mereka dengan membayar tempat parkir dan tiket masuk sekitar RP. 150,000.

Pantai Mbawana
Guide akan bawa turun ke Pantai Mbawana
"Lost yourself in different world" - Tanjung Mareha

Perjalanan hari ketiga diteruskan menuju ke Waingapu, Sumba Timur bersama-sama keluarga Vinzent (RP. 800,000) yang memakan masa 4 jam dengan keadaan jalan kurang baik.

Meskipun perjalanan agak mencabar, pandangan mata tetap terpesona dengan persekitaran malar hijau serta pemandangan bukit bukit bukau yang cukup mendamaikan.

Sebelum tiba di Waingapu, kami berempat singgah di Desa Adat Prai Ijing dan Bukit Wairinding. Tempat terakhir yang dituju adalah Pantai Walakiri bagi melihat matahari terbenam di sebalik ranting pohon bakau.

Singgah di Praijing Cultural Village
Bukit Wairinding menyajikan pemandangan bukit hijau
Sunset view di Pantai Walakiri, Sumba Timur

Penginapan dua malam di Hotel Jemmy (Rp. 330,000) Dalam bilik hanya ada kipas dan sumber air agak kotor but I get what I paid for. Gosok gigi pon sedaya upaya tidak mahu tertelan air takut kena cirit birit macam kejadian sebelum ini di Nepal, sumpah tak kelakar.

Nak makan pun tak susah, Sumba Barat Daya kalau keluar hotel boleh jumpa warung halal. Dalam hotel pun disediakan makanan halal. Sumba Timur boleh cuba Elcafe atau Mr Cafe. Jaraknya hanya berjalan kaki dari Hotel Jemmy.

Hari keempat bermaksud hari mengejar Air Terjun Wai Marang. Saya masih menggunakan khidmat supir (RP. 800,000) dan bertolak seawal 8.00 pagi bagi mendapatkan hasil gambar yang sempurna tanpa kelibat pengunjung mandi-manda.

Pengunjung perlu tempuh pendakian sekitar 30 minit (bergantung kepada tahap kecergasan) untuk sampai ke air terjun ini. Challenging journey but worth scenery

Air Terjun Waimarang

Destinasi seterusnya adalah Bukit Tanarara yang pemandangannya hampir sama dengan Bukit Wairinding. Pengunjung juga dapat melihat panorama bukit savannah sepanjang perjalanan. Cuaca di Sumba Timur, too hot to handle, jangan lupa sapu sunblock! 

Saya membatalkan hasrat ke Puru Kamberra (savannah) dan selanjutnya menuju ke Bukit Persaudaraan (pemandangan sawah padi) sebelum pulang ke hotel untuk berehat.

Hari kelima, time to packing and say goodbye to Sumba! Perjalanan saya seterusnya menuju ke Bali sebelum terus pulang ke Kuala Loco!

Pemandangan bukit bukau di Bukit Wairinding
Bukit Persaudaraan, Sumba Timur
Bukit Tanarara
"Life is short and the world is wide to treasure"

Sumba, destinasi tersembunyi yang menakjubkan tapi kurang sesak dengan pengunjung luar. Lanskap yang unik dengan hamparan savanna maha luas, serta budaya yang masih terjaga membuat Sumba lokasi menarik untuk dilawati.

Dalam sketsa kehidupan seharian, adakalanya suram tidak berwarna, namun kunjungan ke Sumba telah mewarnai hari-hari yang mendatang untuk meneruskan pengembaraan sebagai seorang pengembara solo wanita.

Till then, Sumba!

Hari Pertama (Sumba Barat Daya)

1. Ojek bandara ke hotel: RP 20,000
2. Hotel Sinar Tambolaka (2 malam): RP 500,000
3. Ojek (Danau Weekuri & Ratenggero): RP 150,000

Hari Kedua (Sumba Barat Daya)

1. Tumpang private trip (bayar wisata & parking): RP 150,000

Hari Ketiga (menuju Sumba Timur)

1. Supir: RP800,000
2. Hotel Jemmy, Waingapu (2 malam): RP 330,000
3. Warinding: RP 20,000

Hari Keempat (Sumba Timur)

1. Supir: RP 800,000
2. Air Terjun Waimarang: RP 15,000

Hari Kelima (Waingapu-Denpasar)

1. Pergi airport: RP 4,000

Lain-lain

  • Tandas, tips: RP 50,000 & keatas
  • Makan (ikut orang): RP 100,000 (bajet sehari, ada baki)
  • Tiket Ende ke Tambolaka: RP 7500,000
  • Tiket Waingapu ke Denpasar: RP 1.2 juta

Bagaimana nak ke Sumba, Indonesia? 

  • Ambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta/Bali dan seterusnya pesawat ke Tambolaka (Sumba Barat Daya) atau Waingapu (Sumba Timur).
  • Jangan beli tiket dua hala yang bermaksud jika ingin bermula dari Sumba Barat Daya menuju ke Sumba Timur, beli tiket dari Jakarta/Bali ke Tambolaka dan seterusnya untuk pulang, ambil dari Waingapu pula untuk ke Jakarta/Bali.
  • Saya syorkan muat naik aplikasi Traveloka bagi memudahkan perbandingan harga bagi hotel dan harga pesawat kerana aplikasi ini digunakan secara meluas di Indonesia. Happy traveling guys! 
  • Artikel ini dikongsikan Indiana Indah eksklusif buat pengikut BackPackerz! 
  • Facebook: Indiana Indah & Instagram : @touraveller
Tags:

You Might also Like

1 Comment

  1. Anonymous January 10, 2020

    Indah, awak ni inspirasi lah. I adore you.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!