);

Type to search

Adventure Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari: Ekspedisi ‘Day Trip’ Berkayak Menyusuri Pulau & Pantai di Langkawi – Adventure Habis!

Share
  • Langkawi dikenali sebagai tropical paradise kerana dikelilingi hutan hijau yang subur, pantai, perairan paya bukau & bukit-bukau.
  • Jenis-jenis kayak mempunyai fungsi tersendiri iaitu untuk memancing, santai bersama keluarga, ekspedisi atau latihan.
  • Ikuti ekspedisi pertama Nur Maslinda berkayak sejauh 10 kilometer sekitar Tanjung Rhu, Langkawi.

Langkawi cukup sinonim dengan tarikan pelancongan yang menjadi buruan seisi keluarga, destinasi berbulan madu dan percutian hujung minggu ke Pantai Chenang bersama kenalan.

Penulis tidak nafikan, kekuatan produk pelancongan di Langkawi setakat ini antara yang laris dan mendapat sambutan pengunjung domestik.

Ramai pelancong tempatan memilih Langkawi sebagai destinasi percutian pasca COVID-19 selepas pengumuman sekatan perjalanan dan rentas negeri ditarik balik.

Education through outdoor & adventure tourism

Selain tarikan mainstream di Pulau Legenda ini, anda boleh cuba aktiviti berkayak mengelilingi pulau serta perairan hutan bakau sekitar Langkawi.

Terima kasih Nur Maslinda atas perkongsian ekspedisi berkayak di Tanjung Rhu yang cukup mengujakan dan menyeronokkan.

Soal panas ketepikan seketika, memang anda akan berjemur sepanjang mendayung.

Cuma sebagai langkah pencegahan untuk elak sun burn yang melampau, anda disarankan untuk memakai topi, bucket hat, sunblock, neck warmers/headbands dan dry bag.

#Trivia – Teknik asas dayung dan mendayung juga mempunyai pelbagai jenis serta rekabentuk. Antaranya bend shaft (batang bengkok) dan straight shaft (batang lurus).

Berkayak di perairan Langkawi
Berkayak di perairan Langkawi
Berkayak di perairan Langkawi
Foto - Nur Maslinda

Route Santai & Pro

Menurut Maslinda, aktiviti kayak di Langkawi ada dua jenis iaitu route professional dan route fun santai bersama keluarga di Kilim Mangrove Geoforest Park atau di Pantai Tanjung Rhu.

Sekiranya anda yang sudah ‘pro’ dan ingin pengalaman yang lebih adventure, anda boleh ambik trip 2 hari 1 malam untuk ekspedisi serta camping dekat pulau berhampiran.

Bagi beginner atau masih rasa ‘takut-takut’, anda boleh cuba berkayak santai sekitar Mangrove tour. Setiap kayaking trip disertakan dengan pemandu kayak (tour guide).

Bawa sekali kamera point and shoot atau mirrorless untuk rakam gambar-gambar menarik sepanjang kayaking tour di Langkawi. Yang pasti, momen terindah sepanjang ekspedisi memberikan kenangan eksklusif.

Berkayak di Langkawi
Berehat seketika di Pantai Cherita

Aktiviti berkayak memberikan anda akses ke lokasi tersembunyi yang sukar dijejaki pengunjung lain menggunakan laluan darat.

Sambil mendengar coretan pengalaman tour guide, anda berpeluang mendekati serta menikmati alam semulajadi tanpa ‘penjarakan sosial’.


“Melangkah ke destinasi yang tidak diketahui umum dan kurang diterokai adalah satu kepuasan. Pemahaman yang lebih mendalam mengenai kawasan yang dilawati merupakan pengalaman luar biasa”, – Harry Langkawi


Berkayak di Langkawi
Terima kasih atas panduan yang dikongsikan coach Harry Langkawi, Chief Ayah Jalil & geng outdoor
Berkayak di Langkawi
Antara checkpoint - Pulau Cherita

Pepatah ‘omputih’ ada menyebut, Paradise is anywhere with a kayak. Bagi penggemar aktiviti rekreasi air lasak, anda boleh cuba ekspedisi berkayak sekitar Langkawi.

Lari daripada norma kebiasaan jika berkunjung ke Langkawi dengan merasai keseronokkan berkayak meninjau kawasan serta tarikan tersembunyi sekitar pulau mahupun perairan hutan bakau.

Berkayak merupakan kaedah terbaik menyusuri pesisiran pantai, pulau atau laluan air dengan pendekatan berlainan yang menjanjikan pengalaman luar biasa.

Foto - Nur Maslinda
Berkayak di Langkawi
Foto - Nur Maslinda
Starting point di Pantai Imigresen Tanjung Rhu

ROUTE SANTAI

  • Berkumpul di Pantai Imigresen Tanjung Rhu.
  • Mula mendayung ke Four Season pick stop jetty – Kelong Four Season – Pulau Chabang – Pantai Cherita – Pulau Belibis – Pulau Kelam Baya.
  • Pakej untuk tour santai RM120 untuk dua jam dan RM150 untuk empat jam termasuk guide.
Tags:

2 Comments

  1. Matt Henen July 30, 2020

    Langkawi is heaven on earth for outdoor lover

    Reply
  2. BackPackerz August 3, 2020

    Yess Matt, agree with you.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!