Itinerari: 'Explore' Taman Negara Endau Rompin - Tarikan Air Terjun Upeh Guling, River Tubing & Rentas Rimba - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Itinerari: ‘Explore’ Taman Negara Endau Rompin – Tarikan Air Terjun Upeh Guling, River Tubing & Rentas Rimba

Share
  • Taman Negara Johor Endau Rompin Peta adalah hutan hujan tertua di tenggara Johor.
  • Terletak di legeh saliran Sungai Endau & Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang.
  • Operasi di semua Taman Negara Johor telah dibuka sejak 15 Jun lalu.

Setelah hampir 4 bulan taman ditutup akibat pandemik COVID-19, Taman Negara Johor telah dibuka semula buat pelancong dan pengunjung luar.

Bagi anda yang seorang naturalists, ini masanya plan untuk mengamati dan menikmati keindahan alam semulajadi dekat Taman Negara.

Siapa sangka dekat Johor sahaja mempunyi enam tarikan taman berkonsep ekopelancongan, sungai dan air terjun.

Antaranya Taman Negara Endau Rompin Selai, Endau Rompin Peta, Gunung Ledang, Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Taman Laut Sultan Iskandar.

Taman Negara Johor
Taman Negara Johor

Pengunjung bakal disajikan dengan pemandangan salah satu air tejun yang paling indah di Taman Negara Johor Endau Rompin Peta iaitu Upeh Guling.

Bila dah masuk hutan, ada yang minat untuk berkhemah, ada yang gemarkan aktiviti riadah air yang lasak dan tidak lupa juga geng hiking serta trekking.

Taman Negara Endau Rompin Selai menawarkan tapak perkhemahan, aktiviti rentas hutan bersama pemandu pelancong dan adventure water-tubing.

Air Terjun Upeh Guling
Air Terjun Upeh Guling
Endau Rompin Peta
River tubing di Endau Rompin Selai
Campsite di Endau Rompin Selai

Selain itu, Taman Negara Endau Rompin mempunyai tarikan terbaru istimewa buat pencinta alam.

Terima kasih Busa Syafiqqah Shawal atas perkongsian kunjungan day-trip ke sini.

Cegar Menunggol, lokasi yang masih segar tanpa pengunjung yang sesak. Anda boleh jadi yang terawal abadikan memori percutian di sini. Menariknya, anda boleh ambik pakej day-trip minima empat orang.

Kalau nak merasa pengalaman makan tengahari yang unik dekat tengah hutan belantara sambil ditemani ketenangan alam, Cegar Menunggol menanti ada.

Endau Rompin Peta/Foto - Busa Syafiqqah Shawal
Cegar Menunggol, Endau Rompin Peta/Foto - Busa Syafiqqah Shawal
Cegar Menunggol, Endau Rompin Peta/Foto - Busa Syafiqqah Shawal
Cegar Menunggol, Endau Rompin Peta/Foto - Busa Syafiqqah Shawal

Nature Retreat National Park

Bayangkan, mat saleh sanggup datang dari luar negara semata-mata nak teroka Taman Negara di Malaysia yang kaya dengan tarikan biodiversiti, alam semulajadi serta flora fauna.

Kempen Cuti-Cuti Malaysia pun tengah rancak, apa salahnya kita jelajah nature resources yang kita ada. Percutian ke Taman Negara turut membantu sektor pelancongan domestik.

Penulis percaya, persekitaran yang menghijau dan menenangkan akan memberikan pengalaman serta keseronokkan kepada pengunjung yang datang melawat ke Endau Rompin Peta dan Selai.

Jom bawa keluarga dan geng hutan anda datang ‘nature retreat’ di Taman Negara Johor.

Nak walk-in boleh tapi disarankan untuk lakukan tempahan lebih mudah. Anda boleh hubungi Pejabat Taman Negara Johor pada talian – 013-7440951.

Taman Negara Gunung Ledang

Aktiviti di Taman Negara Endau Rompin

  • Menelusuri Sungai Endau
  • Air Terjun Upeh Guling
  • Rentas Sungai Jasin
  • Makan tengahari di Cegar Menunggol
  • Trekking hutan
  • Tasik Air Biru
  • River-tubing

Navigasi & Info

  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan Kuala Lumpur atau Johor Bharu, ambik susur keluar ke Yong Peng-Chaah-Bekok.
  • Sesiapa yang ingin memasuki Taman Negara Johor perlu membuat pendaftaran, bayaran dan mendapatkan permit di pejabat Taman Negara Johor. Terletak di pekan Bekok, tanpa permit pengunjung tidak dibenarkan masuk.
  • Taman Negara Johor Endau Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac.
  • Terdapat dua pintu masuk utama ke Taman Negara Endau Rompin iaitu melalui Peta dan Selai.

Sumber: Endau Rompin Peta, Endau Rompin Selai

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!