Itinerari | Lupakan Destinasi Pulau, Ini Pengembaraan 5 hari 4 malam 'BackPackerz' ke Sabah - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips Visit Malaysia 2020

Itinerari | Lupakan Destinasi Pulau, Ini Pengembaraan 5 hari 4 malam ‘BackPackerz’ ke Sabah

Share
  • Cabana Retreat, penginapan romantis & jauh dari kesibukan bandar terletak di Kota Belud.
  • Rakam pemandangan bintang ‘stargazing’ di Tip of Borneo, TSM Merrimas Villa
  • Singgah makan tengahari di Restoran D’Place Kinabalu. cuba rasa snek tradisional suku kaum Kadazandusun iaitu sushi butod.

Sabah sememangnya destinasi pelancongan domestik yang menjadi sasaran pelancong luar, usahlah dinafikan lagi.

Keindahan pesisir pantai dan laut sentiasa menjadi dambaan pelancong, memiliki puncak tertinggi di Asia Tenggara, kawasan hutan simpan yang mekar flora dan fauna serta suasana ‘Mini Switzerland’ di Kundasang, Negeri Di Bawah Bayu sentiasa menawarkan 1001 pengalaman percutian yang luar biasa.

Kinabalu
Polumpung Melangkap berlatarbelakang Gunung Kinabalu
Kota Kinabalu. Foto -Amazing Borneo Tours

Katakan apa sahaja. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) antara lapangan terbang paling sibuk di negara selepas KLIA/KLIA2.

Tambah pula tawaran penerbangan terus ke Kota Kinabalu dari bandar Daegu dan Busan yang dikendalikan oleh Air Busan telah menyumbang kemasukan pelancong Korea Selatan. Annyeong!


Trivia – Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2019, seramai 1,033,871 pelancong telah melawat Sabah (sumber Bernama)


Awal November lalu, Team BackPackerz terbang ke Sabah dengan pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800. Macam biasa, Malaysia Airlines Berhad punya servis hospitality memang terbaik!

Tujuan kami ke sini cukup jelas, membantu Tourism Malaysia mempromosikan tempat-tempat ‘underrated’ atau lokasi pengunjung terlepas pandang setelah berkunjung ke Sabah. #VisitMalaysia2020

Pakaian tradisional suku kaum Irranun & pelamin perkahwinan

Tak salah nak bercuti ke luar negara atau destinasi sinonim, cuma Malaysia bumi yang bertuah; cukup luas untuk dihayati dan terokai.

Sepanjang 5 hari 4 malam di Sabah, penulis sempat mengunjungi Kota Belud – Kudat – Ranau – Kundasang dan Kota Kinabalu yang terletak di bahagian Pantai Barat Sabah.

FIRST DAY – TERJAH KOTA BELUD

Selepas dua jam perjalanan darat menuju ke Kota Belud, penulis tiba di Sungai Nanamun untuk aktiviti melihat kelip-kelip. Korang akan dibawa menaiki bot menyelusuri Sungai Nanamun.

Kelip-kelip boleh dilihat sedang menerangi pokok-pokok sekitar sungai. Pemandu bot menggunakan lampu khas untuk memanggil serangga tersebut menghampiri lebih dekat.

Badan pun dah penat, penulis bermalam di Cabana Retreat, Kota Belud. Dekorasi lampu yang memukau, lanskap yang indah dan khemah ‘Glamping’ mewah membuatkan penulis terpegun seketika.

Cabana Retreat terletak berhadapan Pantai Rampayan dan korang boleh lakukan banyak aktiviti menarik seperti naik ATV, main jet ski, paddle board dan BBQ. Memang sesuai untuk destinasi berbulan madu atau trip percutian dengan kenalan. Kawasan ini mempunyai ‘feeling’ yang cukup romantis dan calm environment.

Pagi yang nyaman di Cabana Retreat
Layan angin pantai di Cabana Retreat
Kelip-kelip menerangi pokok di Sg Nanamun
Glamping yang ditawarkan di Cabana Retreat
Korang boleh tengok suku kaum Bajau berkuda
Port bergambar di Cabana Retreat

DAY TWO – DEKATI SUKU KAUM IRRANUN & RUNGUS

Hari kedua di Sabah, penulis mulakan pengembaraan dengan melawat Bengkel Kraftangan Tenunan Dastar. Lokasinya tidak jauh dari Cabana Retreat.

Sabah tidak lekang dengan warisan, etnik serta kebudayaan yang sentiasa dipelihara. Korang berpeluang melihat proses tenunan kain-kain tradisional buatan masyarakat Irranun. Pemakaian ini khususnya ketika merayakan sesuatu majlis atau persembahan kebudayaan.

Itinerari seterusnya terletak di Kudat. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Kota Belud. Kampung Sumangkap dikenali dengan keaslian pembuatan gong. Permainan alatan muzik cukup penting bagi suku kaum Rungus ketika musim perayaan.

Difahamkan. terdapat 38 buah keluarga aktif menghasilkan gong sepenuh masa di kampong ini. Hasil usaha dan promosi yang dilakukan Sabah Tourism Board, industri ini menjadi sumber pendapatan utama bagi sesetengah suku kaum Rungus.

Jika berkunjung ke sini, korang wajib bergambar di hadapan gong gergasi seberat 980 kilogram itu. Penulis meneruskan perjalanan ke Pusat Gubahan Manik Kg. Tinangol yang terletak hanya 10 minit dari lokasi pembuatan gong.

Korang boleh lihat sendiri proses pembuatan manik atau lebih sinonim dipanggil Pinakol. Skill pembuatan manik ini telah diwarisi secara turun-temurun dan satu rekaan Pinakol mengambil masa sehingga tiga minggu untuk disiapkan bergantung kepada saiz.

Proses mengetuk logam untuk dijadikan gong
Proses menenun kain tradisi ini memerlukan ketelitian & kesabaran
Korang berpeluang melihat live pembuatan manik
Gong Gergasi di Kampung Sumangkap

Selesai mengamati proses pembuatan gong dan manik Pinakol, penulis berhenti di Homestay Misompuru untuk mengisi perut. Korang ada pilihan sama ada nak bermalam gaya inapan desa atau datang makan ke homestay milik Datuk Jeffrey, lebih mesra disapa Cobra!

Perut pun dah kenyang, mata pun dah layu. Penginapan malam kedua Team BackPackerz di Sabah adalah TSM Merrimas Villa. Ia terletak di kawasan Tip of Borneo atau di penghujung utara Sabah. Korang boleh lihat matahari terbenam atau merakam pemandangan bintang ‘stargazing’ di sini.

Nasihat penulis, rancang percutian korang ke TSM Merrimas Villa pada waktu selain bulan purnama agar peratusan melihat bintang tinggi dan lebih jelas.

Wanita suku kaum Rungus menggayakan pakaian tradisional di Misompuru
Matahari terbenam di Tip of Borneo, TSM Merrimas Villa
Rakam momen Stargazing

DAY THREE – ‘KUDAT’ANG KE RANAU

Its time say goodbye to Kudat, and heading to Ranau! Macam biasa, daerah yang terkenal dengan Sabah Tea Garden terletak di Kampung Nalapak.

Ladang teh ini antara salah satu ladang penanaman teh organik di dunia – 100% tanpa menggunakan racun serangga.

Menariknya, Sabah Tea Garden terletak di kaki Gunung Kinabalu, dua jam pemanduan dari bandar Kota Kinabalu. Korang berpeluang melihat sendiri proses pembuatan, memetik teh sehinggalah ia menjadi serbuk teh dan sedia untuk diminum.

Nak petik 'bunga' tak dapat, so petik teh je
Hirupan teh segar di Sabah Tea Farm
Dessert aiskrim yang diperbuat daripada daun teh

LOKASI WAJIB – KUNDASANG 

Dari Ranau, penulis teruskan perjalanan ke #MustVisitAttraction di Kundasang iaitu Desa Cattle Dairy Farm atau digelar ‘Mini New Zealand’.

Ladang seluas 199 hektar ini menjadi rumah kepada 600 ekor lembu baka Holstein Friesian yang sinonim dengan New Zealand dan berupaya menghasilkan kira-kira 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun.

Lawatan ke ladang ini tidak lengkap tanpa rasa produk tenusu yang dihasilkan fresh di sini antaranya usu segar, aiskrim gelato, yogurt dan juga cheese yang sememangnya segar dari ladang.

Terpesona melihat sekumpulan lembu baka Holstein Friesian
Korang berpeluang menyusukan anak lembu

Selepas puas menghirup udara segar di Desa Cattle Dairy Farm, penulis meneruskan itinerari ke H Benjamin Residence, masih di Kundasang.

Bangunan batu bata merah dan hotel kasual ini terletak di kawasan berbukit. Menjelang malam, suhu di sini boleh mencecah 10° celsius! Memang tidur lena dibuai mimpi indah orang cakap!

Puncak Gunung Kinabalu juga jelas kelihatan dari kawasan hotel. Sewaktu menginap di sini, penulis sempat meneroka kawasan sekitar dan menemui air terjun cetek berlatarbelakang pemandangan Gunung Kinabalu. Korang boleh bergambar puas di sini.

200 meter dari H. Benjamin Residence, ada 'hidden spot' dengan pemandangan Gunung Kinabalu
Penginapan hari ketiga di H. Benjamin Residence
Penari-penari dari suku kaum Dusun Liwan sewaktu makan malam

DAY FOUR – POLUMPUNG LOKASI FAVORITE & HELLO BANDAR ‘K-CLIQUE’

Selepas penulis bersejukan di Kundasang, pengembaraan diteruskan ke Kota Belud untuk singgah mandi-manda di Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS). Berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang tersergam indah, air sungai di sini jernih dan arusnya sedikit deras.

Ini merupakan lokasi kegemaran penulis sebab berpeluang menikmati kesegaran air sungai mengalir terus dari gunung.


Trivia – Menurut Somboton Gunsalahon (pemilik), kawasan ini dahulunya adalah kebun bagi penduduk kampung tetapi gempa bumi diikuti banjir lumpur yang melanda negeri itu pada 2015 telah merubah lanskap kawasan itu secara keseluruhannya.


Kalau korang berkunjung ke Kota Belud, curi masa singgah ke Polumpung Melangkap View Camp Site. Siapa nak pacak khemah boleh, nak buat BBQ atau berkelah bersama seisi keluarga. Nama Polumpung itu diambil daripada perkataan Dusun yang membawa maksud ‘Pulau dalam sungai’.

Sabah
Berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang tersergam indah
Air sungai yang cetek & sesuai untuk aktiviti seisi keluarga
Rugi tak berendam dekat sini
Polumpung Melangkap View Camp Site

Selesai jelajah Kudat, Kota Belud, Ranau dan Kundasang, lokasi terakhir di bahagian Pantai Barat Sabah semestinya Kota Kinabalu.

Datang ke Sabah rugi kalau sesiapa yang cerewet bab makan. Korang boleh singgah makan tengahari di D’Place Kinabalu. Restoran ini menyediakan makanan tradisional suku kaum Kadazandusun yang autentik, antaranya nasi linopot, tuhau, ikan basung, hinava dan sushi butod (makan dengan sambal belacan).

Penulis sempat rasa butod atau ulat sagu yang menjadi ‘titbits’ etnik di sini. Dah macam babak dalam Fear Factor. Nak tahu rasanya, kenalah cuba sendiri. 

Restoran D'Place Kinabalu
Sushi butod dengan sambal belacee
Ruang makan & dekorasi di D'Place Kinabalu
Ulat Sagu @ Butod

MENGINAP DI TOOJOU SOCIAL HOSTEL – BARU BACKPACKERZ

Penginapan malam terakhir di Sabah sedikit berbeza dan sesuai untuk pengembara beg galas, nomad, solo mahupun ‘girls’ trip.

Gabungan konsep hipster dan boutique hotel, Toojou Social Hostel, Kota Kinabalu bukan sekadar penginapan ‘biasa-biasa’, korang boleh bersosial dengan pengunjung lain sebab dilengkap ruang bekerja ala-ala workspace, meja pool dan foosball.

Selain itu, Toojou Social Hostel menawarkan dua jenis penginapan iaitu Studio dan Capsule Beds.

Mural pada bangunan Toojou Social Hostel
Ruang workspace
Capsule Beds
Studio type

DAY FIVE – RONDA KOTA KINABALU & HAYATI KARYA SENI TIANG

Dah sampai bandar Kota Kinabalu, rugi kalau terperap dalam bilik sahaja. Attraction baru yang menarik perhatian penulis adalah Pillars of Sabah – tapak bangunan lama yang dihiasi dengan mural dan lukisan 30 imej spesies haiwan Borneo terancam pada tiang-tiang bangunan yang terbengkalai.

Antara visual haiwan yang diilustrasi adalah badak sumbu Sumatera, Sun Bear Borneo, burung enggang, gajah Borneo, belangkas dan lain-lain.

Projek kreatif tersebut diilhamkan oleh tiga anak Sabah iaitu Mellisa Lo, Red Hong Yi dan Jared Abdul Rahman serta mendapat kerjasama WWF Malaysia. Sambil bergambar sekitar Pillars of Sabah, harap korang ada kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar.

Lokasi Menarik

  • Perpustakaan Negeri Sabah
  • Pillars of Sabah
  • Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
  • Restoran Pak Andi, Tanjung Aru
Sabah
Pillars of Sabah
Lukisan mural pada tiang-tiang
Peoples behind the scenes! Congratulation guys
Susun atur & dekorasi di Perpustakaan Negeri Sabah cukup kemas

RINGKASAN JOURNEY TO SABAH

Apa yang penulis boleh simpulkan sepanjang pengembaraan lima hari ke bahagian Pantai Barat Sabah ini adalah “A Meaningful Journey” – percutian yang saling melengkapi; mandi air sungai di Polumpung, melihat pembuatan gong asli, rasai snek unik suku kaum Kadazandusun, menyusuri Sg Nanamun melihat kelip-kelip, hirup udara segar di Kundasang, menyapa makcik buat Pinakol di Kg Tinangol dan menghargai kuasa seni yang ‘diluahkan’ di Pillars of Sabah!

Mungkin penulis sarankan pada kenalan sekiranya berkunjung ke Sabah in future, skip dulu percutian pulau, ayuh kita meraikan kepelbagaian destinasi ekopelancongan serta keunikan budaya di Sabah. Cukup eksklusif, made in Sabah.

Jujur akhiri jurnal kali ini, komuniti di Sabah serta Sabah Tourism Board bersedia menyambut misi Nasional yang bakal tiba dengan setiap produk pelancongan yang diketengahkan, selamat datang Tahun Melawat Malaysia 2020 dari Negeri Di Bawah Bayu!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!