Unplanned Plan 2 Hari 1 Malam Ke Taman Negara Kuala Tahan );

Type to search

Backpackerz Itinerari

Itinerari: ‘Unplanned Trip’ 2 Hari 1 Malam di Taman Negara Kuala Tahan

Avatar
Share
  • Taman Negara Kuala Tahan adalah hutan dara seluas 4,343 kilometer persegi.
  • Taman Negara pertama dan terbesar di Malaysia.
  • Hutan simpan ini wujud pada tahun 1939 dan merupakan salah satu hutan hujan tertua di dunia.
  • Dianggarkan mencecah 130 juta tahun.

Ramai yang dah tahu Taman Negara Kuala Tahan sememangnya menjadi tarikan pelancong antarabangsa dan dalam negara sepanjang tahun.

Keistimewaan Taman Negara ini mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang menjadikan ekosistem di hutan simpan terkaya di dunia.

Untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, ada beberapa laluan utama antaranya Kuala Tahan, Sungai Relau Merapoh, Kuala Koh Kelantan dan Tanjung Mentong Terengganu.

Pengunjung boleh datang menaiki kereta dengan laluan jalan raya bertar yang mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam dari Kuala Lumpur. Jika ingin merasakan pengalaman menaiki bot, pengunjung perlu ke Jeti Kuala Tembeling dan memakan masa tiga jam setengah untuk sampai ke Taman Negara.

Sejak COVID-19 melanda dunia, pelancong dari luar negara tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, tetapi pelancong dalam negara mengambil kesempatan untuk merasai pengalaman hidup dalam hutan terutama negeri yang tidak dilabel ‘red zone’.

Untuk individu berjiwa naturalists, pengalaman dua hari satu malam memang tidak dapat memenuhi kepuasan, ini hanyalah trip yang tidak dijangka tapi padat dengan aktiviti yang sangat menarik.

Penulis ke Taman Negara menggunakan pakej dari Danz Travel & Adventure. Perjalanan ke Danz Eco Resort mengambil masa lebih kurang 15 minit perlu menaiki 4wd yang disediakan oleh pihak resort. 

Tempat Penginapan Selesa

Disebabkan pergi dalam keadaan tidak dirancang, penulis memilih menginap di Capsule yang memuatkan maksimum dua orang. Dalam bilik Capsule ini mempunyai katil, penghawa dingin, soket dan meja kecil.

Tandas di luar ya, tapi jangan risau jarak tandas dari bilik tak jauh pun. Tandas pun selesa dan bersih.

Selain bilik jenis Capsule, ada juga beberapa pilihan lain seperti Camping, Glamping, Family Capsule dan Azalea. Pilih jenis bilik penginapan yang anda mahukan serta mengikut bajet. 

Aktiviti Hari Pertama Bermula

Sampai saja di Danz Eco Resort, penulis mulakan dengan makan tengah hari yang sedap. Lauk-pauk yang disediakan semuanya makanan orang Pahang seperti yang paling popular, gulai tempoyak ikan patin.

Melawat Perkampungan Orang Asli Dan Rapid Shooting

Selepas makan tengah hari, penulis bersiap-siap untuk aktiviti pertama iaitu melawat kampung Orang Asli Batek. Orang Asli di kampung ini dikatakan memang original.

Menurut kata tour guide, orang asli ini hidup nomad walaupun kerajaan sudah menyediakan rumah, mereka lebih selesa hidup secara berkumpulan dan berpindah-randah dalam hutan.

Mereka sangat pemalu dan tak banyak cakap. Banyak aktiviti yang pengunjung boleh lakukan di sini seperti menyumpit, melihat rumah mereka, dan mengetahui cara hidup seharian mereka.

Mereka juga membuat kraftangan untuk pengunjung seperti cincin, gelang, sumpit kecil untuk hiasan dan sebagainya. Sekali-sekala datang, bantulah beli hasil seni mereka.

Rapid shooting! Sebenarnya inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengunjung. Pengunjung dibawa menaiki bot menyusuri sungai dah melalui jeram.

Selain itu, semasa aktiviti rapid shooting pengunjung dinasihatkan memakai pakaian untuk ‘berbasah-basahan’ kerana perlumbaan antara bot dan melawan arus akan membasahkan seluruh bot. Pemandu bot juga akan ‘cucuk-cucuk’ bot lain. Handphone dan gajet yang tak boleh kena air, simpan elok-elok tau!

Campfire & Stargazing

Selepas makan malam dan BBQ, pihak Danz Eco Resort akan membawa pengunjung ke tepi sungai dan berehat menikmati suasana malam sambil bermain gitar, menikmati udara segar dalam hutan dengan unggun api. Tetapi malangnya masa penulis pergi, waktu malam hutan. Jadi, penulis hanya menikmati secawan kopi di kafe secara percuma!

Aktiviti Hari Kedua Masuk Hutan

Selepas mengisi perut dengan bersarapan pagi di tepi sungai, penulis bersedia dari segi mental dan fizikal untuk masuk hutan dan menempuhi cabaran hari ini!

Jungle Trekking & Canopy Walk

Bermula dengan jungle trekking ke Bukit Terisek. Trek perjalanan yang disediakan tak susah untuk pengunjung ke puncak Bukit Terisek setinggi 334 meter yang mengambil masa 40 hingga 50 minit bergantung kepada tahap kecergasan pengunjung.

Sepanjang perjalanan, tour guide akan memberi pelbagai input ilmu mengenai kehidupan dalam hutan. Jenis daun, daun berubat, daun wangi dan sebagainya. Pengunjung berpeluang merentasi denai di bawah pokok kanopi yang tinggi dalam hutan.

Di Bukit Terisek anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan hijau yang tidak diusik dari mana-mana pihak. Sangat cantik dan menyegarkan. Dalam jarak 10 hingga 20 minit ke hadapan lagi, anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Tahan yang berketingian 2187 meter, puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Tiba masanya penulis ke jambatan gantung canopy walk iaitu ikon Taman Negara Pahang. Jambatan gantung atas pokok sepanjang 530 meter dan berketinggian 40 meter sehingga mendapat gelaran jambatan terpanjang di dunia.

Aktiviti 2 Hari 1 Malam Di Taman Negara Kuala Tahan

  • Melawat Perkampungan Orang Asli
  • Rapid Shooting
  • Campfire Dan Stargazing
  • Jungle Trekking
  • Canopy Walk

Aktiviti Tambahan

  • Kayaking
  • Water tubing
  • Air Terjun Teras
  • Lata Layang-Layang dan Panchor Harimau
  • Bot trip ke Kelah Santuary
  • Night River Safari

Pakej Yang Disediakan Oleh Danz Travel & Adventure

  • Pakej Day Trip
  • Pakej 2 Hari 1 Malam
  • Pakej 3 Hari 2 Malam

Untuk maklumat lanjut layari Facebook Danz Eco Resort atau Instagram Danz Eco Resort Taman Negara.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!