4 Destinasi Pulau Untuk Korang Kunjungi Selepas Pandemik );

Type to search

Backpackerz Itinerari

4 Destinasi Pulau Untuk Korang Kunjungi Selepas Pandemik

Share
Pulau

Maldives, Bali dan Phuket cukup gah di kalangan pelancong dari benua Eropah dan Asia, khususnya Jerman, Australia dan Belanda yang mendominasi ketibaan pengunjung antarabangsa ke pulau peranginan yang digelar overrated island.

Namun ramai pelancong luar yang masih kurang mengetahui akan kewujudan kepulauan di Malaysia yang menawarkan pengalaman percutian lebih menarik berbanding mainstream island yang sentiasa sesak dengan pengunjung.

Tidak dinafikan keindahan gugusan pulau-pulau di Malaysia menawarkan tarikan laut dan pantai tersendiri. Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian seringkali menjadi destinasi tumpuan pencinta pulau serta penyelam skuba.

Sebenarnya, pulau-pulau dalam negara tidak kurang hebatnya. Salah satu yang menjadi destinasi ‘travel wishlist’ penulis pasca pandemik adalah Pulau Kapalai yang terletak sekitar perairan Sipadan, Sabah.

PULAU KAPALAI

Jaraknya yang tidak jauh dari Sipadan menjadikannya antara pulau yang wajib dikunjungi pelancong tempatan. Apa salahnya berbelanja lebih sedikit demi kepuasan percutian.

Waktu sesuai untuk ke sini disyorkan antara bulan April hingga September kerana faktor cuaca selepas musim monsun dan tidak hujan.

Buat penggemar aktiviti snorkeling pula, korang mempunyai pilihan penginapan yang menawarkan resort terapung di atas air. Kedudukan resort ini terletak betul-betul di laguna pasir yang diselaputi terumbu karang.

Lebih menarik lagi, pengunjung di resort ini bakal disajikan dengan pemandangan laut yang terbentang luas sambil menikmati keindahan terumu karang yang boleh dilihat tanpa perlu menyelam ke dasar.

Buat anda yang kurang meminati aktiviti menyelam atau yang tidak reti berenang, pastinya inapan di resort ini memberi kelebihan.

PULAU LANKAYAN

Seterusnya, Pulau Lankayan, juga di Sabah. Dari segi populariti dan jumlah pengunjung mungkin tidak padat seperti di Pulau Sipadan namun suasana persekitaran yang nyaman lagi mendamaikan membuatkan pulau ini meniti di bibir pelancong luar.

Uniknya di sini, kesemua resort dan penginapan yang ditawarkan terletak berhadapan dengan laut. Pengunjung tidak perlu bersusah payah menaiki bot atau berjalan jauh untuk ke pesisiran pantai. Hanya berehat dan bersantai di balkoni sudah terasa keseronokkannya, tambah pula berpeluang menikmati sunset scenery dan kebiruan air laut sebagai santapan mata.

Pulau Lankayan turut menjadi persinggahan buat penyelam skuba di Malaysia untuk melihat spesies hidupan marin seperti Leapord Shark, White Shark dan Giant Grouper.

Dari perairan Sabah, kita bergerak pula ke negeri selatan tanah air iaitu Johor Darul Takzim atau panggilan ‘garangnya’, JDT. Sinonimnya, Johor tekenal dengan segmen percutian taman tema, bandaraya dan ekopelancongan.

PULAU RAWA

Tahukah anda bahawa Johor juga mempunyai tarikan pulau yang tercantik di Malaysia? Pulau Rawa ibarat permata yang tersembunyi kerana ianya sebuah pulau yang privasi dan dimiliki oleh Kesultanan Johor.

Antara tarikan aktiviti di di sini adalah mendaki, snorkeling, surfing, berkayak dan island hopping.

RAWA HILLTOP

Pulau Rawa Hill Top turut menjadi lokasi pendakian buat pelancong di sini kerana menawarkan pemandangan atas bukit dan laut biru yang terbentang luas.

Satu lagi kepulauan yang jarang diketahui adalah Pulau Gemia yang terletak di Terengganu. Negeri Darul Iman ini cukup terkenal dengan tarikan pulau popular seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.

PULAU GEMIA

Pulau

Buat anda yang inginkan suasana percutian lebih privasi dan jauh dari orang ramai boleh merancang percutian ke Pulau Gemia yang terletak kira-kira 800 meter dari Pulau Kapas.

Pulau Gemia sesuai dijadikan destinasi pilihan untuk berbulan madu kerana terdapat sebuah spa yang menawarkan urutan badan dengan suasana yang mendamaikan iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort.

Jadi, buat anda yang masih tercari-cari lokasi percutian pulau yang menarik, jadikan artikel ini sebagai rujukan pada masa akan datang.

Bagi anda yang berada di kawasan hijau dan dibenarkan bercuti dalam negeri, rebutlah peluang untuk merancakkan sektor pelancongan domestik.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!